Insan seni dengan nilai yang tersendiri

Insan seni dengan nilai yang tersendiri

Nilai yang bukan sahaja punya sentuhan seni yang tersendiri tetapi estetika yang mendarjat susila manusiawi adalah hasil karya seni yang ditinggalkan oleh Biduan Negara, Allahyarham Tan Sri SM Salim kepada bangsa dan negaranya.

Itulah pandangan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang turut merasai kehilang biduan negara pada petang Khamis dan jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Jumaat hari ini.

“Dalam kemerduan suaranya ada mesej pekerti yang memahat arca kehidupan yang memecah sepi dunia dalam keriuhannya.

“Begitulah tersingkapnya rasa kagum saya terhadap Allahyarham Tan Sri SM Salim yang telah meninggalkan dunia yang fana’ ini.

“Semoga karya mutiara daripada hasil perjuangan beliau menjadi dedikasih jariah baginya di alam Barzakh yang menanti…Al fatihah,” ujar Salahuddin  dalam satu kenyataan hari ini.

SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros meninggal dunia di kediamannya akibat sakit tua pada 5.45 petang semalam setelah kritikal sejak awal pagi Rabu.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang berada di kediamannya telah dibawa ke Masjid Kampung Baru  untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan hadir di masjid serta di tanah perkuburan.

Allahyaran lumpuh akibat sakit saraf dan terpaksa menggunakan kerusi roda sejak 17 tahun lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Aishah Mohd Ghani dan tujuh anak.

Jenazah Allahyarham Tan Sri S.M. Salim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang hari ini.
Biduan Negara itu meninggal dunia semalam pada usia 88 tahun di kediamannya kerana sakit tua.-Foto Bernama.

 

 

TAGS