Insiden N2H 2.0: K’jaan harus pastikan kebebasan bersuara terpelihara

Insiden N2H 2.0: K’jaan harus pastikan kebebasan bersuara terpelihara

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  melahirkan kebimbangan  akan gejala  perusuh dalam insiden yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 yang diadakan oleh  Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar  berkata  kerajaan bertanggungjawab memastikan hak dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan termasuk oleh  Pengerusi  Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang perlu dipelihara.

“Pengalaman PRU13, di mana beberapa serangan termasuk baling batu dan memecah cermin bas yang saya naiki berlaku tanpa sebarang tindakan oleh pihak polis. Maka kami mendesak kerajaan untuk bertindak tegas terhadap gerombolan tersebut.,” ujarnya.

Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul  Rahman dalam sidang medianya semalam tidak menolak  tindakan dilakukan beberapa individu dan berkumpulan itu bertujuan untuk mengugat keselamatan Dr Mahathir selain mensabotaj program yang diadakan itu.

Dalam kejadian berlaku beberapa orang sukarelawan mengalami kecederaan demi mempertahankan Dr Mahathir yang berada di atas pentas.

Siasatan polis awal polis mendapat sebahagian yang terbabit  adalah pelajar yang telah diberikan tshirt secara percuma dan diarahkan untuk masuk ke dewan dengan tujuan menyamar sebagai ahli Armada.

 

 

 

 

 

TAGS