Invoke perkenal insentif tunai mingguan galak golongan muda daftar undi

Invoke perkenal insentif tunai mingguan galak golongan muda daftar undi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bermula hari ini, setiap minggu Invoke akan menganjurkan Voters Registration Initiative (VRI) dalam bentuk kempen #UntungDaftar untuk mempercepatkan proses pendaftaran pengundi.

Berbeza dengan kaedah yang selalu digunapakai sebelum ini iaitu jentera parti politik membantu mendaftarkan pengundi (kerana SPR sudah tidak membenarkan kaedah ini).

#UntungDaftar menawarkan insentif wang tunai setiap minggu yang boleh dimenangi oleh pengundi-pengundi yang baru mendaftar akan memperoleh hadiah minguan bernilai RM1,000 (1 hadiah),RM500 (2 hadiah) dan RM200 (tiga hadiah).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan melalui kajiselidik dilakukan atas talian yang dibuat dalam tempoh tiga hari lalu, dapatan menunjukkan 63 peratus dari 708 responden anak muda bersetuju bahawa mereka akan terdorong dengan insentif yang ditawarkan untuk mendaftar dengan lebih cepat.

Manakala 68 peratus responden memilih “wang tunai” sebagai insentif yang paling berkesan.

“Memandangkan terdapat lebih 4 juta pengundi (yang majoritinya adalah pengundi muda yang cenderong kepada Pakatan Harapan dan pembangkang), yang belum berdaftar, kelewatan mereka mendaftar mempunyai kesan besar kepada keputusan PRU14 nanti,”  ujar Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR.

Kempen #UntungDaftar ini akan dijalankan setiap minggu bermula hari ini.

Untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah tunai ini, seorang yang baru mendaftar mengundi hanya perlu mengambil gambar slip pendaftaran dan mengisi maklumat pendaftaran secara talian di bitly.com/untungdaftar.

Syarat-syarat penyertaan dan maklumat lain boleh diperolehi di laman www.invokemalaysia.org

INVOKE akan menggunakan promosi atas talian di media sosial, portal dan whatsapp untuk cuba menggerakkan rakyat untuk mendaftar dalam tempoh yang pendek ini.

Setiap beberapa hari, kandungan promosi dalam bentuk video dan lain-lain akan disiarkan untuk disebarkan oleh orang ramai. Promosi video yang pertama boleh ditonton di laman:

Youtube https://www.youtube.com/watch?v=2NE4wy_ZfA4 atau
Facebook https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/vb.145165568851292/1269099353124569/?type=3&theater

Mana-mana pihak yang ingin membantu menyebarkan maklumat, mengiklankan atau mendapatkan lebih ramai anak muda mengundi boleh menghubungi contact@invokemalaysia.org

Invoke telah dilancarkan pada 16 September lalu  oleh pemimpin PKR bertujuan mendekatkan aktivis dan profesional dengan realiti sebenar melibatkan masyarakat setempat. Invoke sebelum ini banyak mengadkan program sukarelawan dan melaksanakan kajiselidik khusus isu-isu politik semasa.

TAGS