Isu 1MDB: Kami harapkan pandangan ulama agar golongan ini kekal relevan

Isu 1MDB: Kami harapkan pandangan ulama agar golongan ini kekal relevan

Gesaan pemimpin politik pembangkang agar golongan mufti,ulama dan agamawan memberi pandangan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya golongan ini dihormati,disanjung dan kekal relevan dalam masyarakat Islam, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

(Dari kiri) Tan Sri Harussani Zakakria dan  Datuk Raja Bahrin Shah Gesaan pemimpin politik pembangkang agar golongan mufti,ulama dan agamawan memberi pandangan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya golongan ini dihormati,disanjung dan kekal relevan dalam masyarakat Islam kata, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.

 Beliau menjawab balas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani semalam, seperti dilapor Malaysia Dateline, agar pemimpin politik henti mendesak mufti,ulama dan agamawan mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.

“Saya juga merujuk kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang mana Mufti tidak akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu prasangka, prejudis dan fitnah.

“Sebenarnya kami membuat gesaan tersebut kerana sayangkan institusi mufti, ulama dan agamawan supaya terus di hormati dan di sanjung serta kekal relevan dalam masyarakat Islam khususnya hari ini.

“Untuk terus di hormati institusi tersebut perlulah memainkan peranan mereka sebagai badan yang peka serta sensitif isu semasa yang bolih menjejaskan sebuah kerajaan yang di terajui oleh pemimpin beragama Islam yang mendokongi sikap wasatiah.

“Itulah harapan umat Islam Malaysia supaya para agamawan kehadapan memberi pandangan yg bernas supaya memeliharai nama baik kerajaan pemimpin Islam di Malaysia.

Isu ini sudah lama bergema bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia dan hanya yang pekak dan buta tidak mengetahui tentang nya dan yang bisu sahaja tidak pernah bercakap tentang masalah 1MDB,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Bahrin berkata, isu 1MDB ini kekal relevan berikutan banyak pihak membuat kenyataan mengenainya sebelum ini.

“Kalau Tan Sri Harussani menyatakan para Agamawan tidak mempunyai maklumat, ilmu dan kepakaran dalam isu berkenaan itu bukan alasan yg boleh di terima kerana Ulama terkenal antarabangsa seperti Dr Yusof Qardhawi dan Ulama tempatan Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah mengulas isu semasa dan mereka di sanjung tinggi masyarakat.

“Majlis Raja raja Melayu pun merujuk kepada pakar tertentu sebelum membuat kenyataan tentang 1MDB. Kepakaran luar boleh di cari dan di rujuk jika ada kemahuan yang bersungguh sungguh.

“Ada fakta yang jelas dari rekod rasmi Parlimen yang cukup untuk digunakan sebagai asas untuk komen dari aspek Agama.

“Apabila saya menyoal di Parlimen, Timbalan Menteri Kewangan mengakui kerajaan telah memindah berbillion ringgit wang 1MDB untuk pelaburan ke kepulauan Caymen ia itu pusat terkenal penggubalan wang haram, judi dan dadah sedunia. Wang ini juga kemudian di pindah kembali ke Malaysia.

“Kita juga diberi tahu oleh kerajaan 1MDB menaja jemaah haji ke Mekah. Bukan kah ini isu yang patut menimbulkan kecurigaan para agamawan? Ini barulah hanya satu contoh sahaja,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, jika laporan DOJ Amerika, negara bukan Islam, dikatakan mencurigakan, tindakan Kerajaan Islam Abu Dhabi yang menangkap rakyatnya sendiri Khadem Al Qubaisi atas tuduhan menggunakan lebih RM400 juta untuk membeli dua Kelab Malam di Las Vegas patut dipandang berat.

“Ia bukan semata mata isu kewangan tetapi menyentuh isu pokok hukum hakam serta halal “haram dalam Islam”.

“Pandangan masyarakat umum terhadap para agamawan dan badan Agama Islam bergantung atas sikap dan tindak tanduk pihak berkenaan. Jika mereka mengakui tokoh dalam bidang agama mereka hendaklah memainkan peranan yang sepatutnya bagi meyakinkan rakyat mereka pembela Islam dan terus menjadi relevan.

“Kami menggesa dan menegur kerana sayang dan ingin mahu melihat institusi agama terus di hormati dan di sanjungi.

“Datuk Asri, Mufti Perlis, yang berani memberi pandangan di serang oleh pihak tertentu kerana pandangan beliau tidak sama dengan pemerintah. Beliau diminta di pecat. Tiada pihak agamawan kerajaan membela beliau.

“Apabila Mufti Pahang (Datuk Abdul Rahman Osman) mengeluarkan kenyataan kontroversi yang disenangi pemerintah tentang golongan khafir harbi, ada ramai pula pihak yang memberi justifikasi kenyataan tersebut.

“Kepada Tan Sri Harussani kami ingin menyatakan disini, kami berhak meminta para Mufti, Ulama dan Agamawan memberi pandangan dalam isu 1MDB kerana ia melibatkan perkara pokok hukum hakam serta halal haram dalam Islam.

“Kepakaran ekonomi berkaitan boleh diperolehi dari ahli dalam bidang bidang berkenaan.

“Bukankah golongan Agamawanlah yang paling layak dalam hal ini? Kalau kami tidak meminta pandangan mereka, dari siapa lagi ? Apakah yg menjadi kegelisahan Tan Sri Harussani dalam menjalankan tanggung jawap ini?

“Majlis Raja raja Melayu bersama ahli politik Malaysia, Negara negara asing antarabangsa, anak anak muda serta Paderi Kristian Malaysia semalam meminta masalah 1MDB di selesaikan oleh Kerajaan.

“Anehnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani, melarang supaya jangan suruh para Ulama, Mufti dan Agamawan bagi pandangan tentang 1MDB.

“Bukankah Islam menuntut para Ulama dan agamawan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim walaupun betapa pahit kenyataan tersebut? soal beliau.

TAGS