Isu banglo: Shabudin mahu Guan Eng beri kerjasama pada SPRM

Isu banglo: Shabudin mahu Guan Eng beri kerjasama pada SPRM

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beri kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Shabudin YahayaAhli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beri kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau, tidak berminat melayan jemputan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang ingin bersemuka berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown.

“Saya hanya berminat melihat Guan Eng bekerjasama dengan SPRM berhubung isu skandal rumah berkenaan dan tanah kos rendah di Taman Manggis.

“Saya perlu bertindak lebih matang dengan menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

“Ketika di Parlimen, saya tidak pernah meminta beliau memberi apa-apa penjelasan terus kepada saya, sebaliknya mengajukan fakta dan persoalan kepada tiga pihak iaitu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam sidang media itu, Shabudin turut dilaporkan hanya membacakan kenyataan dan enggan menerima soalan media kerana mahu perkara itu dijawab terlebih dahulu di Parlimen.

Semalam,Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican berkata Guan Eng wajar membuat penjelasan secara ‘gentleman’ di Parlimen kerana minggu depan akan bermulanya penggulungan di mana Guan Eng boleh mencelah dengan memberi penjelasan berhubung pembelian rumah berkenaan yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.

Reezal memberikan pandangan sedemikian setelah diajukan pertanyaan oleh media ketika beliau merasmikan persidangan perwakilan Umno Cawangan Bahangian Marang.

Guan Eng, dalam satu kenyataan mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah sekali lagi. Kali ini berhubung rumah yang dibelinya yang didakwa mempunyai unsur rasuah, sedangkan ia hanya tuduhan palsu yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

Menurut Guan Eng, isu yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) berhubung tanah di Taman Manggis yang dikaitkan dengan pembelian rumah tersebut adalah isu lama, dan pernah dimainkan oleh BN sebelum pilihanraya umum 2013.

Justeru Guan Eng menjemput Shabudin yang juga Pengerusi PERDA untuk bersemuka dalam pertemuan empat mata berdasarkan fakta dan angka, pada jam 11 pagi Ahad ini (20 Mac) di hadapan media massa di pejabatnya di Komtar.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berkata, beliau mengalu-alukan siasatan segera SPRM terhadap dakwaan fitnah melibatkan pembelian rumahnya konon mempunyai unsur rasuah dan kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis.

 

TAGS