Isu birokrasi terhadap Amanah: Menteri Besar harus ambil tindakan

Isu birokrasi terhadap Amanah: Menteri Besar harus ambil tindakan

Isu birokrasi yang dibangkitkan  pimpinan Amanah  yang mendakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor seharusnya dilihat dalam dua sudut berbeza dan diambil tindakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Dzulkefly Ahmad  Isu birokrasi yang dibangkitkan  pimpinan Amanah yang mendakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor seharusnya dilihat dalam dua sudut berbeza dan diambil tindakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

Pengarah Strategi Amanah,Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia bukan sahaja membabitkan teguran seorang perwakilan negeri dalam Konvensyen Amanah Nasional yang diadakan Sabtu lalu semata-mata.

Bahkan isu yang dibahaskan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani itu ditujukan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali untuk diambil tindakan
lanjutan.

“Konvensyen Amanah adalah forum terbaik bagi pemimpin akar umbi untuk menyampaikan pandangan dan kritikan pemimpin utama partinya. Mereka perlu diberikan semua saluran untuk menyatakan perbezaan pendapat.

“Kebimbangan utama mereka adalah bagaimana parti yang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan itu dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

“Sewajarnya kita (Pakatan Harapan) perlu membuat pertimbangan dan memberikan respon yang sesuai atau dengan bijaksana walaupun pandangan itu sangat kritis dan dihujah dengan cara yang keras,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, mendengar perbahasan Jamzuri dan kenyataan balas yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman pada Isnin lalu, ujarnya, beliau mula memahami punca berbezaan pandangan pemimpin pemuda dua parti  itu berlaku.

“Bagi Jamzuri dia membuat  dakwaan yang khusus ditujukan kepada menteri besar untuk mengeluarkan mana-mana ahli Pas yang menjadi punca berlakunya birokrasi dalam kerajaan negeri terhadap ahli akar umbi Amanah.

“Sebaliknya kenyataan itu dianggap tidak berasas dan memberi amaran kepada Amanah supaya tidak mengheret kerajaan negeri ke dalam ‘persengketaan’ Amanah dan Pas atau ‘mahu meretakkan hubungan baik Pakatan Harapan’.

“Saya amat berharap jurucakap Pemuda PKR Selangor itu benar-benar memahami antara isu dan aduan,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman dipetik berkata, Jamzuri seolah-olah mendakwa kerajaan Selangor gagal meraikan Amanah sebagai parti komponen di negeri itu, tidak berasas.

Dr Dzulkefly memberikan contoh kewajaran sekiranya ingin  ‘mengharamkan’ dan ‘menamatkan’  khidmat seorang guru agama yang telah mengajar beberapa dekad dan disukai oleh qariah sekitar masjid atau surau, hanya kerana mereka ahli Amanah adalah amat tidak adil dan dikesali.

Ujarnya lagi, amalan sebegitu hanya dilakukan ketika era pentadbiran Umno.

“Ia dilihat keji. Mereka mengajar ajaran Islam atau fiqh atau hukum dalam hal-hal ritual dan kepercayaan.

“Jika hujah adalah kerana mereka menyokong parti politik tertentu, maka berhentilah menguatkuasakannya secara menyeluruh dan berhenti memangsakan mereka secara terpilih.

“Semua ahli Pas di kalangan guru agama dan ustaz juga perlu segera diberhentikan. Tetapi itu bukan apa yang Amanah mahukan,” terangnya.

Datuk Seri Mohd Azmin AliPenyelesaian secara bijaksana

Persoalannya ujar beliau lagi, bagaimana kerajaan negeri dengan bijaksana mahu untuk menimbang tara mencari satu penyelesaian secara baik dan adil untuk semua ahli parti.

“Jika kes sebegini terbukti wujud maka perlukan pembelaan. Hanya menghukumnya sebagai ‘tidak berasas’. Sedangkan ia boleh dikatakan berleluasa dan berlaku berterusan.

“Jika mereka yang dipertanggungjawabkan melakukan sesuatu dalam cara ‘authoritarian’ adalah wajar menteri besar perlu mengambil tindakan tegas dikalangan mereka yang ingkar , keluarkan mereka daripada memegang sebarang jawatan.

“Janganlah mudah melatah,”bidasnya.

Beliau turut mengulas mengenai dakwaan Ketua Pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan dalam konvensyen  sama diadakan itu, agar memberikan kerusi Parlimen Batu  kepada Amanah sekirapenyandangnya Tian Chua tidak pasti parti itu boleh menang, ujarnya, juga telah difahami di luar konteks.

“Jika Tian Chua tidak pasti untuk mempertahankan kerusi itu, manakala penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan juga tidak pasti, dan sekiranya mungkin membolehkan Amanah pula bertanding di kerusi itu.

“Itu adalah konteksnya, yang menekankan kebimbangan beliau iaitu sikap ‘ambivalen’ terhadap persaudaraan pakatan pembangkang ekoran mutakhir ini Pas berpendirian ‘supremacist’ (berpendirian kebangsaan Melayu-Islam),” jelas bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Dr Dzulkefly juga berkata, setelah Pakatan Harapan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam, beliau mengharapkan barisan kepimpinan di pelbagai peringkat memberi tumpuan untuk mengukuhkan persaudaraan dikalangan pakatan pembangkang.

“Tiada dolak-dalik lagi.Ini bermakna kita semua di pihak pembangkang tidak terkecuali.

“Jika anda berfikir bersendirian  anda tidak akan dapat mengulingkan BN, sila berundur dan jangan pula mengulingkan usaha orang lain,” tegasnya.

TAGS