Isu hidung berdarah, Zuraidah saman Jamal

Isu hidung berdarah, Zuraidah saman Jamal

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memfailkan saman terhadap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana memfitnah, menuduhnya menjadi dalang dalam kejadian beliau ditumbuk hingga hidungnya berdarah.

Dalam penyata tuntutannya, Zuraidah mendakwa kenyataan Jamal pada 13 November menuduh beliau memukul hidungnya, mencemarkan reputasinya sebagai tokoh masyarakat.

“Perkataannya menuduh plaintif (Zuraida) terbabit dengan kesalahan jenayah dan beliau mengarahkan ejennya untuk melakukan serangan,” katanya seperti dilapor FMT hari ini.

Zuraida berkata beliau sudah menghantar surat menuntut Jamal memohon maaf dalam tempoh 48 jam menerusi peguamnya pada keesokan harinya.

“Namun, dia membalas permohonan maaf itu dengan lebih banyak hinaan, dan berkata dia terpaksa buat begitu kerana dia terpaksa menyelak kain beliau,” kata Zuraida dalam kenyataannya.

Tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Zuraida yang juga ketua Wanita PKR menuntut ganti rugi am selain injunksi menghalang Jamal membuat komen menghina lagi.

Bercakap kepada wartawan selepas memfailkan saman itu, Zuraida berkata beliau berharap tindakan itu “akan memberi pengajaran kepada Jamal”.

“Selama ini dia ingat boleh bebas menuduh orang lain. Sudah tiba masa menghentikan tindakannya. Negara ini ada undang-undang,” katanya.

Zuraida juga mendesak ketua polis negara “berbuat sesuatu”.
Dengan begitu banyak laporan polis dibuat terhadapnya, tetapi dia masih bebas naik helikopter macam negara ini tidak ada undang-undang,” katanya.

Peguam N Surendran yang mewakili Zuraida berkata pasukan perundangan mereka tidak sabar untuk bertemunya di mahkamah.

“Kami ada banyak soalan hendak tanya dia,” katanya.

TAGS