Isu kepimpinan, ekonomi sumbang peningkatan kos sara hidup

Isu kepimpinan, ekonomi sumbang peningkatan kos sara hidup

Isu-isu melingkari kepimpinan dan ekonomi negara adalah antara faktor besar yang menyumbang ke arah peningkatan kos sara hidup,kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Liew Chin Tong (tiga dari kiri) dan pekerja kedai pakaian bantuan sekolah Al-Fayyadh yang memberi sumbangan kelengkapaan ke sekolah kepada adik Shafiq yang ditemani ibu dan bapanya.

Isu-isu melingkari kepimpinan dan ekonomi negara adalah antara faktor besar yang menyumbang ke arah peningkatan kos sara hidup,kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Beliau berkata, hal ini menjadi sebab kos sara hidup khususnya rakyat berpendapatan sederhana dan rendah kian meningkat. S

“Skandal mega 1MDB, cukai GST, pemotongan subsidi dan banyak lagi polisi yang tidak menyebelahi rakyat era kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengakibatkan pendapatan boleh guna (disposable income) isi rumah terhakis.

“Logik mudah, dengan jumlah pendapatan isi rumah sekitar RM2500-RM3000 sekalipun, rakyat tetap berhadapan kesulitan untuk menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi,” ujarnya.

Justeru beliau mengambil inisiatif bagi membantu golongan kurang berkemampuan itu pada musim persekolahan yang baru untuk tahun 2017 membantu mereka.

“Walaupun anak-anak sedang gembira meluangkan masa percutian bersama keluarga dan rakan sepermainan, ibu bapa dari kelompok berpendapatan sederhana dan rendah hakikatnya bergelut kepayahan menyediakan keperluan mereka termasuklah yuran, buku dan pakaian persekolahan.

“Dengan segala keterbatasan sebagai ahli parlimen pembangkang, saya dan rakan-rakan DAP Kluang telah mengambil inisiatif mendekati rakyat Kluang yang pemurah untuk menyalurkan sumbangan berupa pakaian seragam persekolahan kepada beberapa keluarga yang memerlukan,” ujarnya.

DAP Kluang telah membawa keluarga ini ke kedai menjual baju persekolahan Al-Fayyadh Kluang membekalkan pakaian persekolahan.

Antara penerima sumbangan ini ujarnya lagi,adalah adik Mohd Shafiq, 15 tahun. Ayahnya yang diberhentikan kerja akibat serangan strok/angin ahmar telah menyebabkan keluarga Shafiq hilang punca kewangan.

Hal ini telah memaksa Shafiq untuk melakukan kerja sampingan di kedai makan pada sebelah malam bagi membantu kedua ibu bapa serta dua lagi adiknya.

Keadaan ini memberi gambaran bagaimana tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh seorang anak yang terpaksa berdikari pada usia muda demi survival kehidupan sebuah keluarga dalam berhadapan kemelut ekonomi yang amat menekan kini.

Antara penerima sumbangan yang lain adalah anak-anak kepada ibu tunggal dan rakyat berpendapatan rendah yang mempunyai tanggungan persekolahan anak yang ramai.

TAGS