Jamal akan lancarkan Bersih 7 esok

Jamal akan lancarkan Bersih 7 esok

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dbebaskan dari tahan reman dilihat memakai t-Shirt berwarna merah tertulis  'Bersih 7 Selamatkan Selangor'  dan  mengumumkan beliau akan melancarkan  kempen baru yang dinamakan 'Bersih7'.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dbebaskan dari tahan reman dilihat memakai t-Shirt berwarna merah tertulis  ‘Bersih 7 Selamatkan Selangor’  dan  mengumumkan beliau akan melancarkan  kempen baru yang dinamakan ‘Bersih7’.

Kempen Bersih 7 itu kata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ini lagi, akan dilancarkan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang esok.

Kempen itu antaranya mahukan Kerajaan yang telus,bersih dan berintergiri;Manifesto dan Janji PRU13;Keperluan Air Bersih; Penyelewengan Wang Rakyat; Pemilikan Rumah Mampu Milik;Kronisma dan Kerajaan Carca Marba yang ditujukan khusus kepada kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang.

“Tujuan untuk memberitahu rakyat negeri itu perlu diselamatkan daripada “kerajaan yang mendustai rakyat” kerana gagal menunakan manifesot pakatan pembangkan pada pilihan raya umum 12 dan 13 lalu”,ujarnya pada sidang media diadakan sejurus beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang hari ini.

Difahamkan beliau akan mengadakan 700 siri jelajah seluruh negeri yang akan dirasmikan esok.

Jamal yang dijadual mengetuai himpunan baju merah ditahan kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu, beberapa jam sebelum himpunan Bersih 5 diadakan.

Beliau dan tiga lagi aktivis baju merah ditahan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Ampang pada hari yang sama.

Dua aktivis baju merah yang dibebaskan ialah Hairol Nizam Md Nor dan Razali Zakaria.

Semalam turut dibebaskan  Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifa yang ditahan pada Sabtu ketika mengadakan demontrasi.

Selain Jamal turut ditahan sejak Jumaat lalu, lapan anggota jawatankuasa dan aktivis Bersih 5 serta dua aktivis kumpulan baju merah yang ditahan pada Jumaat lalu berhubung perhimpunan haram, dibebaskan pada Ahad.

Mereka ialah anggota jawatankuasa Bersih, Mandeep Singh Karpall Singh, anggota DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, anggota DAP, Wong Chee Wai @Jimmy Wong dan anggota jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvam.

Selain itu, turut dibebaskan aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof, Lee Khai Meng dan Safwan Anang.

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah masih lagi ditahan di bawah Sosma.

Sementara semalam, polis turut membebaskan enam pemimpin Bersih 5 dan seorang pemimpin kumpulan baju merah yang ditahan pada Sabtu lepas.

Mereka terdiri daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, Ahli Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How serta aktivis Fahmi Reza dan Hishammuddin Rais.

Jamal ketika berjalan keluar dari IPD Ampang Jaya tengahari ini disambut penyokongnya.

 

TAGS