Jamal ditahan polis sejurus tiba di KLIA, tangan digari

Jamal ditahan polis sejurus tiba di KLIA, tangan digari

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini ditahan oleh dua anggota polis sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini ditahan oleh dua anggota polis sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sebelum ini diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan terhadap dakwaan “parang terbang’ yang dikaitkan beliau sebagai pemilik laman facebook berkenaan.

Ini ekoran kontroversi satu akaun Facebook atas nama ‘Dato Jamal Yunos’ didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “Saya berjanji Tragedi 13 May akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 5 November ini. Hidup Melayu!”.

Perkara itu turut mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya yang memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pemilik laman Facebook terbabit.

Jamal  digari  ketika dibawa ke balai polis Dang Wangi pagi ini.Namun Jamal menafikan facebook berkenaan bukan miliknya sebaliknya adalah sebuah laman facebook palsu dan beliau turut membuat laporan polis mengenainya.

Selain siasatan polis terhadap dakwaan,  Jamal dan kumpulan baju merahnya yang menyerang salah seorang penyokong Bersih di Sungai Besar pada Konvoi Bersih 5.

Difahamkan Jamal dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini untuk memberi keterangan setelah beliau gagal hadir untuk membantu siasatan kerana berada di Dubai kerana urusan perniagaan.

Dimaklumkan juga Jamal dibawa keluar dari kenderaan polis dengan tangan bergari ke IPD Dang Wangi pagi ini.

Dijangka satu sidang media akan diadakan pada jam 10 pagi ini di balai polis Dang Wangi.

Terkini turut dimaklumkan Jamal akan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.  Turut hadir memberikan sokongan terhadap penahanan Jamal, Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan yang Jamal ditahan namun enggan mengulas lanjut.

 

TAGS