Jamal ditahan reman 4 hari insiden kecoh di Ampang

Jamal ditahan reman 4 hari insiden kecoh di Ampang

Pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Ampang Point, Ahad lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Ampang Point, Ahad lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izwan Mohd Noh selepas Jamal dibawa ke mahkamah di sini, sebentar tadi lapor Sinarharian.

Diiringi anggota polis, ketibaan Jamal pada kira-kira jam 1.35 petang itu turut disertai peguamnya, Nasser Yusof dan Khairul Anuar Kashim.

Kira-kira jam 1.30 pagi tadi, beliau yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia ditahan polis di sebuah hotel di Jalan Ampang bagi disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Turut ditahan reman adalah aktivis gabungan NGO, Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak.

Penasihat Undang-Undang Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin ketika ditemui pemberita berkata, ketiga-tiga mereka dibawa ke lokap berpusat Shah Alam.

“Siasatan dijalankan kerana menggangu penjawat awam menjalankan tugas dan kekerasan,” katanya.

Menjawab keadaan Jamal dan dua aktivis itu, Mohd Imran berkata, mereka dalam keadaan sihat dan mereka memberikan kerjasama yang baik bagi membantu siasatan.

TAGS