Jamal longgok beg sampah di pintu pagar Malaysiakini

Jamal longgok beg sampah di pintu pagar Malaysiakini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Selepas perhimpunan aman tamat penyokong kumpulan Baju Merah mula membersihkan kawasan sekitar tempat perhimpunan.

Sampah sarap yang bertaburan selepas hampir 3 jam demontrasi dilakukan dikutip dan kemudian Jamal meletakkan beberapa beg sampah berwarna hitam di hadapan bangunan Malaysiakini lewat petang tadi.

“Bersama dengan rakan-rakan NGO kita memungut sampah ketika demo petang tadi.

“Ini sebagai bukti sampah yang telah dimasukkan ke dalam beg sampah diletakan di hadapan pejabat Malaysiakini.

“Bagi memaklumkan bahawa kami sudah buat pembersihan. Harap Malaysiakini tidak tuduh geng baju merah tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

Hari ini lebih kurang 10,000 penyokong baju merah berhimpun mengadakan demontrasi aman menuntut kerajaan menutup operasi Malaysiakini yang dipercayai menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

Perhimpunan bermula sejak jam 2 petang dan berakhir pada 4.30 petang tadi berjalan lancar dengan kawalan pihak polis.

Jamal dan penyokongnya mula membersihkan kawasan sekitar tempat perhimpunan sejurus tamat demontrasi sehingga lewat petang ini.

TAGS