Jamal nafi pemilik akaun fb  ‘parang terbang’ , laporan polis dibuat

Jamal nafi pemilik akaun fb ‘parang terbang’ , laporan polis dibuat

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos mendakwa akaun facebook 'parang terbang' yang menjadi viral adalah akaun palsu mengunakan namanya seperti dimuat naik Ketua Polis Negara Tan Sri  Khalid Abu Bakar di twitternya semalam.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos mendakwa akaun facebook ‘parang terbang’ yang menjadi viral adalah akaun palsu menggunakan namanya seperti dimuat naik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitternya semalam.

Jamal ketika dihubungi mengesahkan status facebook itu bukan miliknya.

“IGP maksudkan itu adalah akaun palsu fb saya,” ujarnya.

Sehubungan itu malam tadi satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam oleh seorang pengadu yang dikenali sebagai Mohd Azli Jaafar yang juga Presiden Setiakawan Malaysia (PMSM). Aduan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Laporan menyebut posting palsu yang dimuatnaik itu mendapat reaksi 2.8 juta suka, 4.839 juta komen dan 6,209 perkongsian menyebut posting itu baru disedari hari ini (semalam) dan bila dilihat memang benar posting tersebut bukan dari kenyataan Datuk Jamal dan page yang memuat naik serta menyebarkannya adalah palsu.

Link facebook tersebut didapati palsu apabila mengunakan nama “datokjamalyunos’ sedang link sebenar milik Jamal adalah : https://www.facebook.com/jamal.yunos?fref=ts.

Laporan itu dibuat ekoran status menghasut yang didakwa dimuat naik Jamal pada 21 September jam 8.10 malam, Jamal dalam akaun Facebook dipercayai miliknya, dikatakan memuat naik status berbunyi:

“Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu !”.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata tindakan tegas dan segera akan diambil terhadap pemilik laman Facebook menggunakan nama ‘Dato Jamal Yunos’ yang memuat naik kenyataan berbaur hasutan berhubung Perhimpunan Bersih 5.0

“Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas dan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian terhadap status menghasut yang didakwa dimuat naik oleh  Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

TAGS