Jamal terus ditahan reman, elak berada di lokasi perhimpunan

Jamal terus ditahan reman, elak berada di lokasi perhimpunan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Gabungan Ngo Malaysia Datuk Jamal Md Yunos bersama dua lagi yang kini ditahan di IPD Kuala Lumpur akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang jam 2 petang ini.

Jamal yang ditahan di rumah beliau jam 1.30 awal pagi tadi telah di bawa ke Ibupejabat Polis di Shah Alam sebelum dihantar ke IPD Kuala Lumpur.

“Saya berharap penahan saya tidak mematahkan semanga penyokong Gerakan Baju merah untuk meneruskan perjuangan,” ujarnya dalam satu kenyataan rasmi sebelum penahanannya.

Bagaimanapun penahanann Jamal dilakukan bukan kerana perhimpunan Bersih tetapi beliau ditahan untuk membantu siasatan berkenaan kes kekecohan di Ampang Point pada 13 September lalu.

Pada awalnya Penasihat Undang-Undang Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin memaklumkan Jamal akan hadir di Mahkamah Majistret Ampang jam 10 pagi ini kemudian telah ditunda pada jam 2 petang ini, ekoran mengelakkan Jamal berada di lokasi perhimpunan baju merah hari ini.

Bagaimanapun tanpa Jamal hadir sekalipun, difahamkan penyokong Baju Merah akan berhimpunan di kawasan di mana penyokong Bersih akan berhimpun di dua lokasi utama di Dataran Maybank dan Masjid Negara.

TAGS