Jamuan rakyat Amanah Tumpat di kampung Laut meriahkan Aidiladha

Jamuan rakyat Amanah Tumpat di kampung Laut meriahkan Aidiladha

 

Majlis jamuan rakyat sempena sambutan hari raya korban yang diadakan di kampung laut di sambut meriah oleh penduduk setempat dan para tetamu.

Ketua Amanah Kawasan Tumpat, Wan Johari Omar berkata, beliau berterima kasih kepada penduduk kampung Laut yang bertungkus lumus menyiapkan hidangan.

“Program ini anjuran Amanah Tumpat dengan kerjasama Jawatankuasa Dun (JDUN) Pasir Pekan.

“Terima kasih atas kehadiran begitu ramai penduduk Pasir Pekan yang hadir memeriahkan majlis,” katanya yang ditemui dimajlis itu semalam.

Turut memeriahkan majlis adalah pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah serta rombongan pimpinan Amanah negeri.

“Walaupun hujan lebat menjelang tengahari ia tidak mengganggu kehadiran tetamu.

“Terima kasih kepada Datuk Wan Rahim yang datang awal dan berpeluang bermesra agak lama dengan penduduk tempatan,” katanya.

Kepada penduduk kampung Laut yang kini majoriti bersama Amanah, beliau berharap akan terus dapat dibantu nasib mereka.

“Kita bersama penduduk di sini tetap akan membantah projek kampung warisan yang dipaksakan tanpa persetujuan.

“Kita yakin penduduk asal di sini tetap dapat mengekalkan hak mereka sebagai penduduk yang tinggal di sini sejak turun temurun,” katanya.

Projek kampung warisan yang dicadangkan di kampung ini menjadi isu besar apabila perundingan tidak dibuat dengan wajar dengan warga setempat.

Proses memajukan projek ini masih penuh tanda tanya kerana walupun dikatakan penduduk dikehendaki berpindah proses pengambilan tanah sehingga kini belum dibuat.

Kampung Laut terletak di Dun Pasir Pekan yang kini diwakili menteri besar, Datuk Ahmad Yakub.

TAGS