Jangan bimbang, kata Ketua Penerangan Pas selepas jumpa Najib

Jangan bimbang, kata Ketua Penerangan Pas selepas jumpa Najib

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memberitahu rakan-rakannya agar jangan bimbang dengan pertemuan pemimpin mereka dengan Datuk Seri Najib Razak di majlis Himpunan 20K Huffaz malam tadi kerana mereka pergi ke sana untuk mengaplikasikan politik dakwah.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memberitahu rakan-rakannya agar jangan bimbang dengan pertemuan pemimpin mereka dengan Datuk Seri Najib Razak di majlis Himpunan 20K Huffaz malam tadi kerana mereka pergi ke sana untuk mengaplikasikan politik dakwah.

“Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta) yang di dalamnya lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz dan juga kami hadir atas undangan rasmi dari Pinta,” tulis Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan melalui facebooknya hari ini.

Najib dan pemimpin muda PASKatanya, mereka tidak mengelak dari bertemu Perdana Menteri dalam majlis itu yang juga dijemput untuk merasmikan Himpunan 20K Huffaz tersebut.

“Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya. Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT,” kata Nasrudin.

Hubungan PAS dan Umno semakin erat malam tadi apabila pemimpin pertengahannya pula duduk bertemu lutut dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Masjid Wilayah Persekutuan dalam Himpunan 20K Huffaz itu.

Ini adalah majlis kedua selepas Najib bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakaian sedondon di Multaqa Alumni Al Azhar sebelum ini.

Dalam majlis malam tadi,  Najib dilihat bersama Ketua Pemuda Pas Nik Mohd Abduh Nik Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan At Tantawi bergembira di majlis itu.

Turut kelihatan adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Jamil Khir Baharom.

Gambar mereka kini menjadi viral dalam laman-laman media sosial khasnya Facebook dan Whatsapp.

Pertemuan ini disambut baik oleh sesetengah para pemimpin bawahan Pas disamping membuat ulasan sinis.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim pula tidak mengulas panjang tetapi hanya memaparkan gambar itu dengan tulisan ringkas, “Biar gambar yang berbicara……..”

Namun begitu, pemimpin Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed,  pergi lebih jauh dengan menulis, “Ambo cukup gembira melihat pemimpin-pemim parti Pas dan Umno yang dulunya tak leh melitas bayang, kini boleh suka hilai dan bergembira dalam suasana yang penuh Islamik dan ukhuwah tanpa mengira pangkat dan jawatan bersama PM tersayang.”

Beliau melahirkan rasa kesal kerana, ketika rakyat sedang menderita akibat kebobrokan pemerintah, ketika rakyat sedang meraung-raung menuntut PM Najib turun dari jawatannya kerana pelbagai tohmohan dan salahlaku yang meragukan, mereka bertemu.

“Masih ada pemimpin yang tampil dengan imej suci berbalut rupa keulamakan ketawa hilai bersamanya dengan wajah Islam, sedangkan di luar pentas mereka bijak melakonkan dengan menggunakan copong menentang kezaliman dan kerakusan pemerintah.

“Hancurnya hati rakyat marhain yang melihat bagaimana ulama masih boleh bergelak ketawa dan bersuka hilai atas rumah Allah di sisi pemimpin yang sedang bergelut dengan berbagai skandal dan tuduhan salahlaku,” tulis beliau dalam facebooknya.

TAGS