Jentera pilihan raya Amanah Perak  bersedia hadapi PRU14

Jentera pilihan raya Amanah Perak bersedia hadapi PRU14

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak telah mengarahkan semua Jentera di Peringkat Kawasan Parlimen bersedia bagi menghadapi ‘gendang’ Pilihan Raya Umum ke–14 (PRU14) yang dimulai dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya ketika ini.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata,arahan bagi mendapatkan respon di peringkat akar umbi untuk membuat bantahan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah digerakkan oleh Biro Pilihan Raya dengan kerjasama Biro Kanun bagi menilai semua aspek bantahan yang akan dikemukakan.

“Disamping itu, pemantapan organisasi dan latihan kepada jentera pilihan raya telah dipertingkatkan selain arahan penyenaraian calon-calon serta memastikan tabung pilihan raya disediakan lengkap mengikut keperluan sebelum menjelangnya PRU14 nanti oleh kawasan Parlimen yang terlibat.

“Amanah Perak telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang bakal ditandingi yang akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) negeri Perak khasnya dan Amanah Perak bersedia bertanding di dua puluh dua (22) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU 14 nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya lagi,Amanah Perak mengharpkan Pakatan Harapan di negeri itu dapat memuktamadkan segera pembahagian semua kerusi dan memberikan fokus kepada kerusi-kerusi yang telah dipersetujui semua pihak nanti dengan menetapkan ‘satu lawan satu’ menentang BN dan sekutunya sebagai agenda utama pada PRU14 nanti.

TAGS