“Jika Najib menang pungutan suara, saya henti kempen,” kata Mahathir

“Jika Najib menang pungutan suara, saya henti kempen,” kata Mahathir

 

 

 

 

 

 

Kerajaan dicadangkan agar mengadakan satu pungutan suara untuk mengukur sokongan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  atau menyokong pendirian Tun Mahathir Mohamad  yang  mendesak Najib  melepaskan jawatan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tun Mahathir MohamadKerajaan dicadangkan agar mengadakan satu pungutan suara untuk mengukur sokongan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  atau menyokong pendirian Tun Mahathir Mohamad  yang  mendesak Najib  melepaskan jawatan.

Mahathir dalam entri terbarunya petang ini berkata, pungutan suara (referendum) itu juga penting bagi menentukan sama ada tindakan beliau mendedahkan skandal kewangan perdana menteri mendapat sokongan rakyat.

“Hanya satu soalan yang mudah sudah memadai: Najib (betul), Mahathir (salah) atau sebaliknya bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan mengundi.

“Referendum ini perlu dijalankan oleh sebuah syarikat asing yang boleh dipercayai diselia oleh wakil-wakil daripada kedua-dua pihak berkenaan.

“Saya memberi jaminan bahawa jika Najib menang dalam referendum itu, saya akan berhenti desak beliau meletakkan jawatan.

“Saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai 1MDB, 2.6 bilion ringgit dan rumah-rumah besar di UK, Amerika Syarikat dan Hollywood atau “Wolf of Wall Street” filem lucah. Najib boleh terus menjadi PM Malaysia untuk hidup,” ujarnya di dalam blognya hari ini.

Kata Mahathir lagi, tetapi sekiranya beliau mendapati banyak undian pungutan suara itu memihak kepda dirinya, ini bermakna rakyat menerima apa yang beliau tekankan iaitu mengenai salah laku membabitkan kewangan Najib.

“Jadi beliau perlu meletak jawatan. Dengan cara ini kita boleh menyelesaikan persoalan popular apa yang rakyat fikirkan mengenai skandal kewangan beliau,” ujarnya.

Beliau  juga menyebut terdapat dikalangan penyokong Najib yang mahu beliau meletakkan jawatan di Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

“Kedua-duanya bukan milik kerajaan, dan menjadi halangan kepada kerajaan untuk mengenakan tindakan, tetapi perkara jahat boleh dilakukan seperti mengancam atau mengugut untuk memufliskan Proton atau menganggu orang-orang yang membangunkan yayasan perdana supaya saya akan dibuang,” ujarnya.

Tun Mahathir mengumumkan beliau keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Febuari lalu. Setelah itu pada 4 Mac beliau mengetuai Deklarasi Rakyat  bersama 57 lagi individu yang didokongi di kalangan pemimpin pakatan pembangkang, NGO dan ahli  Umno yang mendesak agar  Najib melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-14.

TAGS

COMMENTS