Jika saya CEO 1MDB saya saman WSJ, kata Muhyiddin

Jika saya CEO 1MDB saya saman WSJ, kata Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman editor kewangan Wall Street Journal (WSJ) atas tuduhan berkaitan dana RM2.6bilion membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di hadapan 500 hadirin dalam majlis dianjurkan GKCM di Port Dickson semalam.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman editor kewangan Wall Street Journal (WSJ) atas tuduhan berkaitan dana RM2.6bilion membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau berkata, CEO 1MDB Arul Kandasamy sepatutnya  mengemukakan saman ke atas WSJ kerana didakwa memfitnah kononnya  sumber wang itu  datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan derma daripada kerajaan Arab Saudi.

“WSJ dakwa dana RM2.6 bilion datang daripada pelbagai sumber yang ada kaitan dengan 1MDB. Jika tidak benar tuduhan ini mengapa hingga kini CEO 1MDB tidak ambil tindakan?

“Terkini apa yang dicakapkan oleh Ken Brown.  Jika CEO 1MDB menafikan dakwaan dibuat, itu naïf namanya. Ambil tindakan dan saman.

“ Dulu kata nak saman tapi tak saman, jika saya jadi CEO jika orang tohmah, saya tidak boleh nak naïf saja. Saya ambil tindakan dan saman.

“Bukan kita suka nak ambil tindakan tapi kita nak tahu apakah cerita yang betulnya. Kita nak tahu siapa yang betul siapa yang salah kita mahu kebenaran. Selagi tak betul orang akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan,” ujarnya.

Muhyiddin merujuk kepada satu laporan media asing yang mengatakan Pengarang Kewangan WSJ Ken Brown dalam satu wawancara bersama ABC News Australia yang mendakwa wang derma RM2.6 bilion itu adalah bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Program Tuisyen Percuma yang diadakan di Balai Raya Taman Intan Duyung anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia semalam.

Muhyidddin juga menyentuh mengenai keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Presiden Umno dari sebarang kesalahan berkaitan derma RM2.6bilon dan RM42juta dari SRC Internatinal dalam siasatan berasingan membabitkan PDRM dan SPRM.

Ahli Parlimen Pagoh ini berkata, Peguam Negara perlu membenarkan beberapa negara terbabit dalam skandal tersebut untuk mengadakan bantuan kerjasama jenayah dengan Malaysia di bawah Mutual Law Assistance (MLA).

“Sama ada peguam negara mahu bantu atau tidak memberi kebenaran MLA kepada Switzerland, Singapura Hong kong dan Amerika Syarikat untuk jalankan siasatan mereka.

“ Nanti mereka akan buat laporan kononnya Malaysia tidak memberi sokongan terhadap negara mereka untuk jalankan siasatan pula,” ujarnya.

Malah kata beliau lagi, bukan bertujuan untuk memburukkan kepimpinan Perdana Menteri dan ketelusan Peguam Negara sebaliknya, ujar beliau rakyat mempertikaikannya malah dunia turut mempersoalkan skandal yang membabitkan Perdan Menteri itu sejak sekian lama.

Beliau menjelaskan peruntukkan perlembagaaan yang memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik peguam negara, atas nasihat Perdana Menteri, bukan bermakna peguam negara tidak boleh mengambil tindakan terhadap seorang Perdana Menteri jika terdapat bukti untuk pendakwaan.

“Saya bukan nak burukkan nama PM dan Peguam Negara. Dunia persoalkan kenapa Peguam negara tidak ambil tindakan terhadap PM.

““Jika seseorang itu dibuktikan banyak melakukan kesalahan maka itu tidak bermakna Peguam Negara tidak boleh bertindak.

“Kalau dulu Ghani Patail (bekas Peguam Negara) tidak bertindak Apandi juga tidak bertindak. Persoalannya sama ada Peguam Negara boleh bertindak atau tidak? ” ujarnya.

Muhyiddin  bersama AJK GKCM mahu skandal yang membabitkan Perdana Menteri sejak sekian lama diselesaikan segera sebelum menjelang PRU akan datang.Kenapa masih lagi dalam Umno?

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan ini juga menyatakan beliau masih lagi setia bersama Umno walaupun telah hilang jawatannya dalam kabinet pada Julai 2015 selepas dipercayai menyuarakan pandangan berkaitan1MDB dan wang RM2.6 bilion.

“Ada yang tanya saya kenapa masih dalam Umno, saya berjiwa Umno dari dulu hingga kini.

“ Persoalannya bukan parti. Perlembagaan, tujuan dan objektif Umno elok belaka.

“ Tidak dinafikan ada dikalangan  pemimpin yang kuat dan lemah, betul dan salah, baik dan jahat tetapi tidak terpalit dengan masalah sebegini teruk  hingga jejaskan keyakinan rakyat dan parti seperti apa yang berlaku hari ini.

“Apa kesannya tunggulah pilihan raya. Saya dah berucap banyak tempat dan ditanya sejauhmana mereka menyokong Umno tidak satu orang pun mengatakan akan sokong Umno kali ini.

“Saya dah 18 kali jadi pengarah pilihanraya, pada PRU13 sokongan Melayu dan Bumiputera 55 peratus terkini dah turun 30 peratus. Ada ahli yang kata PRU nanti mereka tak mahu keluar mengundi.

“Orang Cina mereka agak sudah sekian lama tidak yakin dengan BN dulu 11 peratus  tinggal 5 peratus orang India 4 peratus sahaja. BN boleh menang atau kalah kalau begini? ,soalnya dihadapan 500 hadirin dalam majlis diadakan itu.

“Apa yang penting hari ini kita kena nyatakan perkara yang benar dan kita tidak takut apa juga ugutan dan cabaran untuk BN terus bertahan,” ujarnya.

Tengku Adnan bukan kawan yang baik, buktikan jika saya bersalah baru ambil tindakan!

Muhyiddin cabar Setiausaha  Agung dan MT Umno perlu buktikan beliau bersalah melanggar perlembagaan parti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadapnya.Muhyiddin turut berkata, selain dipecat jawatan menteri kabinet beliau tidak lagi dibebani tugas yang seharusnya dipertanggungjawabkan sebagai seorang Timbalan Presiden parti.

“Setiausaha Agung cari jalan untuk pecat saya dan tubuh jawatankuasa khas untuk kaji dan teliti apa masalah yang saya dah lakukan kepada parti. Sedangkan kenyataan saya itu untuk mempertahankan Umno bukan menjatuhkan Umno. Dia (Tengku Adnan) bukan kawan baik saya lagi.

“Umno dah 70 tahun tak pernah berlaku seorang Timbalan Presiden tidak dibenarkan bercakap tetiba nak tukar tradisi tidak benarkan saya bercakap dalam perasmian ketua-ketua sayap dan masa pengulungan perbahasan.

“ Dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu saya duduk macam tunggul. Apahal dia takut dengan saya kenapa takut dengan saya untuk berucap.

“ Sehingga kini saya tidak dibenarkan jalankan tugas sudahlah saya dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

“Saya berterus terang dia (Tengku Adnan) dah buat macam-macam cara untuk singkirkan saya. Saya tidak takut. Saya nak bagi tahu dan ingatkan kepada Setiausaha Agung dan Majlis Tertinggi :” unless until you have enough evident whatever I have done something which is really wrong from the upon of constitution don’t dare take action on me, ” tegas Muhyiddin dalam ucapannya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan hadirin.

Muhyiddin  ketika mengimamkan solat Zohor bersama penduduk dan ahli jawatankuasa GKCM di Taman Intan Duyung.Di akhir ucapannya Muhyiddin memberikan penghormatan kepada GKCM kerana berani  membuat pendirian dari awal gabungan itu diwujudkaan, untuk  mendesak Presiden parti letak jawatan.

“Saya solute GKCM. Saya belum sampai di situ (desak PM letak jawatan) , tapi pengerusi GKCM sudah bercakap begitu.

“Persoalannya mampukah dia (Najib) bolehkah dia buat? Siapakah yang berani seperti GKCM dan lain-lain buat begitu (desak PM letak jawatan)?

“Jika tidak memikirkan soal kepentingan parti tetapi memikirkan soal kepentingan diri kamu (Najib). Kami sebagai ahli Umno akan tanggung beban rakyat yang tidak akan percaya pada kita. Umno akan kehilangan kuasa. Apa yang patut kamu buat?

“Saya tak mahu kata dia zalim. Negara kita telah merdeka. Ketika zaman British rakyat juga dibenarkan bercakap. Saya sebagai seorang yang dah lama dalam Umno dan berusia 68 tahun tak boleh buat apa-apa,  tak boleh berucap . Takut apa dengan saya? Takut sangatkah dengan saya?, soal Muhyiddin mengakhiri ucapannya petang itu.

TAGS