Reaksi orang ramai terhadap cadangan akta pembiayaan politik diperlukan

Reaksi orang ramai terhadap cadangan akta pembiayaan politik diperlukan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) dan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) selaku pusat rujukan dan sekretariat kepada JKNMPP yang ditubuhkan setahun lalu, hari ini menerbitkan cadangan-cadangan berkaitan usaha memupuk budaya berintegriti dalam pembiayaan politik untuk mendapat maklum balas orang ramai.

Sekretariat JKNMPP (Media dan Komunikasi), Dr. G. Manimaran berkata oleh kerana laporan pembiayaan politik baru diumumkan kepada publik pada 30 September lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato Paul Low, jawatankuasa itu memerlukan promosi penerangan kepada rakyat mengenai kepentingan sistem pembiayaan politik dalam memupuk budaya berintegriti.

Menurut beliau, rumusan yang telah dipersetujui adalah menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dan melihat kepada sumbangan politik yang diterima oleh parti politik atau ahli politik apabila satu undang-undang baru dilaksanakan kelak

“Pelaksanaan perkara ini perlu secara berperingkat tetapi dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Cadangan lain yang dipersetujui kata beliau termasuklah perkara-perkara berikut:

1. Mewujudkan Pejabat Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

2. Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik diselia oleh satu Lembaga yang terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa

3. Jawatankuasa Tetap Parlimen Mengenai Pembiayaan Politik diwujudkan bagi menjamin ketelusan dan kebebasan Pejabat Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

4. Dana merangkumi sumbangan diterima secara langsung, tidak langsung atau berupa barangan

5. Sumbangan boleh dibuat kepada parti politik yang sah atau kepada ahli-ahli politik secara individu

6. Melarang sumbangan politik daripada sumber asing

7. Sumbangan politik diberi pelepasan cukai

8. Sokongan pihak ketiga dianggap sebagai satu bentuk sumbangan politik

9. Sumbangan daripada sumber-sumber tidak diketahui harus disita

10. Amaun sumbangan politik tidak harus ada had

11. Had perbelanjaan ke atas parti atau calon hendaklah digugurkan

12. Parti politik atau ahli politik terima sumbangan politik perlu ada akaun bank khusus

13 Setiap perbelanjaan harus diaudit dan dilaporkan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

14. Sumbangan diterima, yang nilai tahunan melebihi RM3,000, harus diisytihar

15. Dana daripada kerajaan perlu disediakan untuk sokong operasi pejabat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri

16. Sumbangan syarikat milik kerajaan harus dilarang

17. Syarikat terima kontrak kerajaan atau konsesi dilarang membuat sumbangan politik

TAGS