Jom kembara ke Turki Disember ini

Jom kembara ke Turki Disember ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Agen pelancongan yang sedang meningkat naik, EZ Kembara menganjurkan pakej pelancongan ke Turki dengan harga yang sangat berpatutan Disember ini.

Mereka menganjurkan pengembaraan ke negara Islam yang sedang memuncak dalam dunia Islam itu selama 10 hari 7 malam bermula 17 hingga 26 Disember depan.

Pakej kembara ke Turki anjuran EZ Kembara sangat berbaloi.Disember adalah musim sejuk di Turki dengan cuaca yang nyaman antara 9 – 15 darjah Celsius.

“Kami ada 10 saja lagi kekosongan untuk pakej pelancongan itu,” kata jurucakap EZ Kembara dalam kenyataannya kepada Malaysia Dateline.

Dengan harga hanya RM3,999 untuk dewasa dan RM3,699 untuk kanak-kanak, anda boleh melihat bumi yang penuh dengan sejarah kegemilangan yang kini menjadi tumpuan dunia Islam ini.

Dengan dipimpin oleh tokoh dunia Islam, Reccep Toyyip Erdogan, Turki kini menyertai 10 kuasa ekonomi dunia ekoran perkembangan ekonominya yang sangat baik selepas ditadbir oleh parti AKP sejak 2002 lalu.

Pusat tumpuan pelancong utama di Turki adalah Istanbul yang menempatkan monumen-monumen sejarah zaman kegemilangan khalifah Islam Uthmaniyyah.

Mereka yang berminat untuk sertai pakej ini boleh hubungi EZ Kembara di no 013-673 9000 atau 03-6184 1542.

TAGS