Jom shopping: Hanipa Maidin rai masyarakat India Parlimen Sepang sempena Deepavali

Jom shopping: Hanipa Maidin rai masyarakat India Parlimen Sepang sempena Deepavali

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin semalam meraikan 37 orang penerima bantuan keperluan dari Tg Sepat sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut 29 Oktober nanti.

Menurut Pembantu Khas Ahli Parlimen Sepang, Saudara Ben, Jom Shopping yang diadakan semalam di Giant Banting itu anjuran
Ahli Parlimen Sepang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sepang.

“YB Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang meraikan kesemua penerima bantuan terbabit,” katanya.

Katanya, mereka kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan melahirkan rasa berterima kasih dan berasa sangat gembira dengan keprihatinan Mohamed Hanipa.

“Turut sama memeriahkan program adalah En. Abdul Halim (Naib Ketua Amanah Sepang), Sdr Hazimun Rahman (Timbalan Ketua Pemuda Amanah Sepang), En. Suhaimi Miskam (wakil Ahli Parlimen Sepang di Tg Sepat) dan wakil-wakil komuniti India Tg Sepat.,” katanya.

TAGS