Jus Kismis Syifa: Bekalan hadapi peperiksaan

Jus Kismis Syifa: Bekalan hadapi peperiksaan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Ibubapa mana yang tidak menaruh impian untuk melihat anaknya cemerlang dalam pelajaran dan memiliki akhlak yang baik dan mampan.

Saya pernah berjumpa dengan sepasang suami isteri di mana kedua-duanya tidak mengerjakan solat. Itulah pengakuan jujurnya. Tetapi kedua-duanya bertanya saya di manakah sekolah agama, yang terbaik untuk anaknya belajar.

Sebenarnya banyak pasangan yang seperti itu. Mereka tidak solat tetapi mereka amat mengharap untuk melihat anaknya solat dan menjadi insan yang soleh.

Samalah juga dengan pasangan yang tidak berpelajaran bahkan mungkin buta huruf tetapi hati kecilnya amat mengharap agar anaknya berpelajaran tinggi dan berbudi luhur.

Ada juga anak-anak yang berakhlak mulia tetapi pelajarannya pula lemah. Ada pula yang cerdik tetapi perangainya pula yang jelek. Sedangkan kita amat mengharap bahkan mungkin berdoa setiap masa agar anak-anak kita adalah anak-anak yang soleh dan bijaksana.

Jus kismis yang disiapkan dalam botol mudah untuk digunakan.Dalam hal ini, tentu banyak cara telah diutarakan oleh pakar motivasi untuk mempastikan anak-anak kita adalah anak yang cemerlang.

Namun di sini saya ingin mengesyorkan agar ibubapa mencuba dengan memberikan Jus Kismis Syifa’ kepada anak-anak mereka samada anak-anak di peringkat Pra-Sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah bahkan di universiti. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini samada UPSR, PMR, SPM dan STPM. Se elok-eloknya amalkan 3 bulan sebelum peperiksaan.

Amalkan minuman Jus Kismis Syifa sebelum sarapan dan sebelum tidur setiap hari. Cukup hanya sekadar 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. Amalkannya atas dasar untuk mendapat keberkatan dari pemakanan As Sunnah. Bukan untuk anak-anak kecil semata-mata bahkan amat wajar untuk seisi keluarga.

Sesungguhnya Jus Kismis Syifa adalah makanan terbaik untuk diamalkan oleh seisi keluarga kerana semua bahan-bahan yang terdapat di dalamnya adalah terdiri daripada makanan yang tersebut secara jelas dalam al quran dan hadis.

Tentunya ada keberkatan. Ianya terdiri daripada kismis, kurma madu & kurma nabi, madu, habbatus sauda’, minyak zaitun, minyak anggur, buah tiin dan za’faran.

Baru-baru ini Muslimah Shop Sdn Bhd, pengedar utama Jus Kismis Syifa telah mengadakan Kursus Usahawan & Ramah Mesra dengan pengedar. Antara kandungan kursus ialah sessi testimoni di mana pengedar telah menceritakan pengalaman pelanggan dan juga mereka sendiri.

Antaranya ialah Sdr. Yus dari Jerantut telah menceritakan seorang rakannya telah datang membuat belian ulangan. Kata rakannya itu, anak dia dah mula mengerjakan solat. Manakala beliau sendiri pada satu pagi amat kehairanan apabila anaknya bangun pagi subuh dan minta untuk pergi ke masjid bersamanya untuk solat subuh berjamaah sedangkan anaknya itu baru berumur sekitar 5 tahun (dibawa bersama semasa kursus).

Manakala En. Mohd Yusuf dari Gombak pula menceritakan bahawa seorang pelanggannya merasa bersyukur dan amat terharu apabila anaknya yang berumur 4 tahun mampu menghafal 3 surah lazim dengan pantas setelah mengamalkan Jus Kismis Syifa.

Pengalaman yang sama turut diceritakan oleh Tuan Haji Abd. Halim, seorang motivator yang mana seorang anak kecil pengedar di bawah seliaannya boleh membaca dengan lancar alif, ba, ta sampai habis sedangkan sebelum ini hanya sekadar mampu mengulang setakat alif ba ta sahaja.

Seorang pelanggan beliau juga yang sering membeli Jus Kismis Syifa menceritakan bahawa anaknya nakal dan malas sekolah kini telah berubah sikap di mana anaknya itu telah rajin ke sekolah, membaca buku dan mengerjakan solat.

Seorang pelanggan yang lain pula menceritakan “ … Dulu anak saya amat lemah dalam pelajaran. Selepas minum Jus Kismis Syifa, anak saya dapat markah 97% bagi subjek Islam dalam peperiksaan Bulan Mac 2007 baru-baru ini. Tak pernah dapat mcm tu. Yang paling saya terharu, anak saya dah tak tinggal solat bahkan tak perlu disuruh lagi untuk solat” Ujar Ibu Nasrullah dari Senawang.

“Suami saya seorang yang panas baran. Selepas minum Jus Kismis Syifa, beliau jadi seorang yang penyabar. Syukurnya saya pada Allah swt dengan sikap baik suami saya. Isteri mana yang tak gembira bila suami jadi macam tu,” luah Mama, Kuantan.

Justeru itu, dapat saya rumuskan bahawa Jus Kismis As Syifa, adalah satu minuman yang bukan hanya sekadar untuk mendapat keberkatan kerana makanan As Sunnah bahkan ia juga mampu menjadi penawar terhadap masalah zahiriah dan batiniah / rohaniah.

Sesungguhnya makanan yang terdapat di dalam Jus Kismis Syifa adalah Mutiara Yang Terabai. Yakinlah dan amalkanlah. Disebalik berkat, ada hikmah dan manfaat.

Mereka yang ingin mendapatkan produk, sila hubungi pengedar yang tertera di iklan dan mereka yang ingin menjadi pengedar, sila hubungi Puan Hasnah No. HP 019-3211911. Wassalam.

* Penulis adalah pencetus formula Jus Kismis Syifa

CATEGORIES
TAGS