Kadar kenaikan gaji antara penjawat awam pangkat tinggi, rendah perlu diselaras

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mahu kerajaan persekutuan menimbangkan menyelarasan kadar kenaikan gaji bagi penjawat awam berpangkat tinggi dan rendah di negara ini pada 2017.

Dalam kajian dilakukan Invoke, Rafizi mendakwa laporan diperoleh daripada Senarai Perjawatan di Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 itu seharusnya diteliti semula oleh kerajaan persekutuan.

“Saya dedahkan kepada rakyat Malaysia ialah perbezaan ketaradi antara kenaikan gaji penjawat awam pangkat tertinggi dengan jutaan kakitangan awam yang lain.

“Saya bersetuju bahawa ada banyakpenambahbaikan yang perlu dibuat untuk menaiktaraf mutu dan keberkesanan perkhidmatan
awam, saya bimbang jika masyarakat tidak berlaku adil kepada penjawat awam apabila fokus diberikan kepada persoalan prestasi perkhidmatan awam tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu kebajikan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berpandangan, kenaikan gaji tahunan sebanyak 9% itu adalah terlalu tinggi memandangkan gaji dan imbuhan setakat ini sudah memadai bagi penjawat awam berpangkat tinggi membabitkan jawatan Jusa C, Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.

“Gaji penuh Jusa C (RM22,439); Turus 1 (RM38,380) dan; Ketua Setiausaha Negara (RM42,703). Gaji penuh diperoleh ini tidak termasuk sebarang elaun lain dari jawatan mereka di dalam agensi kerajaanseperti ahli Lembaga Pengarah dan lain-lain.

“Saya juga membantah pendekatan yang berbeza untuk penjawat awam berpangkat tertinggi ini berbanding kakitangan awam biasa dari segi kenaikan gaji tahunan.

“Sedang mereka (penjawat awam pangkat tertinggi) diberi kenaikan gaji mengikut peratusan pada kadar yang tinggi (iaitu 9% ) kakitangan awam yang lain hanya diberikan kenaikan gaji mutlak (bukan peratusan),” ujarnya.

Justeru beliau mempersoalkan kewajaran kerajaan persekutuan memberi kenaikan gaji yang lebih rendah dari kadar GST (6%) kepada kakitangan biasa yang gaji pokoknya memang sudah rendah, sedangkan ketua-ketua jabatan dan kementerian gaji dan elaunnya besar diberikan kenaikan mengikut peratusan sehingga 9%?

“Kakitangan awam yang mempunyai keluarga besar terbeban dengan gaji yang sedia rendah sedangpembaziran berlaku berleluasa.

“Tanggungjawab memastikan perbelanjaan kerajaan tidakdiselewengkan oleh menteri dan ahli politik ialah tanggungjawab penjawat awam berpangkat tertinggi ini dan rakyat perlu menghantar isyarat bahawa imbuhan gaji yang tinggi tidak berpadanandengan tindakan mereka tidak bersuara dalam keadaan pembaziran dan penyelewengan wang rakyat berleluasa,” ujarnya.

TAGS