‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

Mazlan Aliman bersama Chang Lih Kang dan pemimpin AMANAH di Felda Sungai Klah Sungkai petang semalam.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, warga peneroka boleh memulangkan kembali kata makian yang diucapkan Perdana Menteri pada 2012 lalu ekoran kepincangan Felda pada masa ini.

Menurutnya, jaminan Datuk Seri Najib sebelum ini kononnya penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad di Bursa Malaysia akan meningkatkan pendapatan peneroka sebaliknya menyaksikan peneroka menanggung lebih banyak hutang.

“Selepas ini kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh sebab dulu Najib sebut FGV sebagai penyenaraian kedua terbesar selepas Facebook.

“Dia (Najib) kata dengan penyenaraian itu juga akan membawa masyarakat Felda ke era global, pendapatan naik mendadak dan kehidupan lebih baik.

“Hari ini sejak tahun 2012, ternyata apa yang disebut Perdana Menteri mengenai FGV adalah tersasar sama sekali. Harga saham pun tinggal RM1.60 sahaja daripada RM4.55.

“Kalau dulu dia kata haram jadah, sekarang kita pulangkan balik yang haram jadah adalah Perdana Menteri dan Barisan Nasional. Hakim kata tak salah,” tegasnya di Felda Sungai Klah, Sungkai semalam.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH Nasional itu memberitahu penggunaan kata haram jadah tersebut diputuskan pihak mahkamah sebagai terlalu umum dan digunakan dalam amalan seharian.

“Ada lima peneroka dari Jengka bawa kes ke mahkamah kerana tidak puas hati dengan penghinaan Perdana Menteri itu,” jelasnya mengulas ungkapan kesat Najib di Majlis Sejahtera Peneroka di Jengka 8, Pahang empat tahun lalu itu.

Turut hadir dalam dialog bersama peneroka itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dari PKR, Chang Lih Kang.

TAGS