Kami beri pandangan baiki usul Akta 355, kata Khalid Samad

Kami beri pandangan baiki usul Akta 355, kata Khalid Samad

Amanah memberikan pandangan untuk membaiki usul pindaan kepada Akta 355 yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperbaiki usul itu agar ia benar-benar memperkasakan Mahkamah Syariah.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli parlimen Shah Alam memberikan pandangan untuk membaiki usul pindaan kepada Akta 355 yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperbaiki usul itu agar ia benar-benar memperkasakan Mahkamah Syariah.

Dalam siri kedua penjelasan mengenai RUU Akta 355 itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad itu berkata, apa yang perlu diambil kira oleh pembentang usul itu adalah untuk membaikinya.

“Apa yang kita usahakan adalah untuk memberi pandangan kita bagi memperbaiki usul itu supaya kita dapat sama-sama dapat yang terbaik,” kata Khalid dalam video klip itu.

Untuk itu, katanya, beliau dan rakan-rakan dalam Amanah serta lain-lain pihak berusaha memberikan pandangan agar ia benar-benar memberi manafaat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

“Apa yang kita minta adalah jangan sekadar isu hukuman, kecekapan hakim, kakitangan, skim gaji, sokongan dari instiusi lain seperti polis dan juga jabatan kerajaan yang lain,” kata Khalid.

Klik untuk ikuti temubual penuh video klip itu.

KLIP UNTUK BERITA SEBELUM INI

 

TAGS