Kami sudah lama dapat cium Pas akan dekati Umno, kata Amanah

Kami sudah lama dapat cium Pas akan dekati Umno, kata Amanah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas yang kini semakin dekat dengan Umno telah lama diduga bersikap sedemikian ketika pemimpin Amanah masih berada dalam pimpinan pusat parti itu, kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.

“Kami sudah dapat cium bahawa Pas semakin mendekati Umno-BN, walaupun mereka merahsiakan pertemuan-pertemuan yang berlaku daripada kami.

Kami sudah lama cium yang Pas mahu kerjasama dengan Umno, kata Anuar Tahir..“Kami dalam pimpinan pusat waktu itu tak tahu ada pertemuan dan bila kami tanya tiada pengesahan, (yang ada) hanya penafian,” ujarnya dipetik daripada wawancara di Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, Pas pada masa ini sudah mula mengadakan pakatan dengan Umno atas nama kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Setelah kami keluar (dari Pas) dan selepas (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) pula meninggal, lihatlah apa yang berlaku sekarang. Kita boleh tengok dengan jelas apa yang disembunyikan,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Disember lalu hadir dan berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Disember tahun lalu juga, Abdul Hadi dan Najib sepentas dalam majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season di ibu negara.

Sebelum ini, bekas naib presiden Pas, Datuk Dr Hassan Ali mengaku bahawa Abdul Hadi sendiri yang menjuarai kerjasama ini.

 

TAGS