KDN  serah kepada SKMM  ambil tindakan  tuduhan  tidak berasas WSJ

KDN serah kepada SKMM ambil tindakan tuduhan tidak berasas WSJ

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tindakan Wall Street Journal (WSJ) mengulangi tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak, bertujuan akan  diserahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, WSJ  merosakkan reputasinya  Perdana Menteri dengan mengulangi berita mengaitkan Najib dilakukan berdasarkan agenda yang telah ditentukan yang hanya diketahui oleh agensi itu sendiri.

“Tentunya pengulangan sesuatu berita dan analisis ada tujuan sebaliknya, bukan sahaja mahu burukkan PM tapi untuk merosakkan reputasi PM Najib secara peribadi.

“Tidak adil (WSJ) lakukan tuduhan kepada PM (Najib) serta ia diulang tanpa menyebut fakta-fakta yang konkrit sedangkan sudah ada penjelasan oleh pihak Peguam Negara dan 1Malaysia Development (1MDB),” katanya kepada media  selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa) di sini.

TAGS