Kebakaran HSA:  Suruhanjaya Siasatan DiRaja harus ditubuhkan

Kebakaran HSA: Suruhanjaya Siasatan DiRaja harus ditubuhkan

DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengenalpasti punca kebakaran dan merangka langkah pencegahan bagi mengelakkan hal seumpama berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak berulang, kata Liew Chin Tong Pengerusi DAP Johor.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengenalpasti punca kebakaran dan merangka langkah pencegahan bagi mengelakan hal seumpama berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak berulang, kata Liew Chin Tong Pengerusi DAP Johor.

 “Saya sedang mempertimbangkan untuk mengangkat cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengenalpasti punca kebakaran dan merangka langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan hal seumpama ini berulang lagi,” ujarnya.

Beliau yang turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga, serta kakitangan hospital ketika kejadian berlaku awal pagi semalam, turut bergegas meninggalkan sidang dewan rakyat.

“Saya segera ambil keputusan untuk meninggalkan parlimen buat seketika dan bergegas ke Johor Bahru untuk ke lokasi kejadian.

“DAP Johor menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa, keluarga mangsa dan kakitangan hospital yang terlibat dalam bencana ini. Kami turut mendoakan kecekalan hati dan semangat yang tinggi buat mereka sepanjang berhadapan keadaan sulit ini,” ujarnya Ahli Parlimen Kluang ini.

Chin Tong berkata dalam pertemuan ringkas bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam di lokasi kejadian, beliau turut menyatakan keperihatinan dan memohon agar kementerian mengadakan satu sesi taklimat khas kepada pihak pembangkang untuk memahami hal ini dengan lebih terperinci.

Beliau dimaklumkan, siasatan akan dikendalikan oleh pihak polis, bomba dan Kementerian Kesihatan. Namun lebih dari itu,

“Kami juga sempat bertemu dan mengadakan perbincangan ringkas dengan Exco Kesihatan negeri Johor Datuk Ayub Rahmat yang turut hadir di HSA,” ujarnya.

Lawatan Chin Thong ke HSA semalam turut ditemani Ketua Pembangkang Johor Gan Peck Cheng; Adun Stulang Andrew Chen; Adun Senai Wong Shu Qi; Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How; Adun Johor Jaya Liow Cai Tung; Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali dan wakil dari Pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang iaitu Puan Ng Siam Luang.

TAGS