Kecuaian SPR kenalpasti Daerah Mengundi gugat Daftar Pemilih Induk, kata MP Kuantan

Kecuaian SPR kenalpasti Daerah Mengundi gugat Daftar Pemilih Induk, kata MP Kuantan

 

Kecuaian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengenalpasti Daerah Mengundi bagi satu- satu pemilih boleh menggugat keabsahan Daftar Pemilih Induk SPR, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Kecuaian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengenalpasti Daerah Mengundi bagi satu- satu pemilih boleh menggugat keabsahan Daftar Pemilih Induk SPR, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

 Beliau berkata, terdapat aduan diterima dipihaknya yang menunjukkan kecuaian SPR mengendalikan daftar pemilih di Daerah Mengundi.

“Terdapat 5 kes aduan yang saya serahkan melalui tangan kepada Pejabat SPR Pahang pada hari isnin 5 hb Disember 2016 serta berpuluh aduan bersifat serupa yang dimaklumkan kepada saya telah berlaku sebelum ini.

“Kecuaian teknikal yang dilakukan oleh SPR ialah mendaftarkan pemilih di Daerah Mengundi yang salah sehingga pemilih tersebut tercampak keluar dari Dun dan Parlimen yang sebenarnya mengikut kedudukan alamat rumah pemilih.

“Analisa saya menunjukkan bahawa perkara ini boleh berlaku di seluruh negara di mana wujud dua lokaliti yang mempunyai nama yang sama akan tetapi berada di kawasan Dun serta Parlimen berlainan.

“Kecuaian ini boleh mengubah satu2 keputusan pilihanraya dikawasan marginal atau dimana wujud perbezaan undi yang tipis diantara pihak yang bertanding,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Daftar Pemilih SPR yang didakwa berlaku kecuaian membabitkan Parlimen Kuantan.Beliau semalam sudah menghantar surat kepada Pengarah Pengarah SPR Pahang untuk membuktikan berlaku kecuaian di pihak SPR sendiri.

“Saya sertakan bukti salinan kad pengenalan dan paparan skrin laman web SPR yang menunjukkan bahawa pemilih yang berdaftar diatas pejabat saya yang beralamat di Dun Teruntum, Parlimen Kuantan telah didaftarkan oleh SPR dalam satu pusat mengundi di kawasan Dun Beserah, Parlimen Indera Mahkota,” ujarnya sebagai rujukan kepada pihak SPR.

Justeru Fuziah berkata beliau memberikan tempoh dua minggu kepada SPR untuk memperbetulkan kesilapan ini.

“Perbetulkan kesilapan yang berlaku itu terutamanya didalam kawasan Parlimen Kuantan dan seterusnya diseluruh negara yang melibatkan Daftar Pemilih Induk SPR.

“Kegagalan pihak SPR berbuat demikian akan mempamerkan sifat tidak acuh SPR terhadap keabsahan Daftar Pemilih Induk dimana boleh membatalkan satu-satu keputusan pilihanraya dimasa akan datang,” ujarnya.

TAGS