Kedai asing untuk arak, rokok mudahkan penguatkuasaan, kata Dr Siti Mariah

Kedai asing untuk arak, rokok mudahkan penguatkuasaan, kata Dr Siti Mariah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood mencadangkan kepada kerajaan supaya arak dan rokok hanya dijual di kedai-kedai tertentu sahaja.

Beliau berkata, lesen minuman keras pada masa ini hanya diperlukan bagi kedai-kedai yang menjual arak seperti wain sedangkan produk berunsur malt seperti bir mudah didapati di mana-mana kedai.

Menurut Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional itu, langkah tersebut yang boleh dipertimbangkan untuk kawasan majoriti penduduk beragama Islam akan lebih memudahkan penguatkuasaan.

“Kalau boleh saya ingin mencadangkan dalam jangka masa panjang supaya barangan larangan ini diasingkan (dan) dijual di premis-premis tertentu sahaja,” katanya ketika membahaskan Bajet 2017 semalam.

Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan saranan Dr Izani Hussin (Pas-Pengkalan Chepa) agar cukai ke atas minuman keras dan produk tembakau dinaikkan lagi akan membebankan orang bukan Islam.

“Saya telah tengok cukai rokok dah naik. (Bagi) arak ini, (dibenarkan bagi) orang bukan Islam boleh, jadi kalau kita meningkatkan (cukai) kita akan menyusahkan mereka,” jelasnya.

TAGS