‘Kegigihan Jamal cari publisiti harus dipuji’

‘Kegigihan Jamal cari publisiti harus dipuji’

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kegigihan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mencari publisisti wajar dipuji, kata Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng.

Jamal dilapor mengkritik apa yang didakwanya sebagai sikap pilih kasih kerajaan negeri Selangor, apabila pengusaha nasi lemak saudari Siti Hajjar Ahmad diberi lesen oleh pihak berkuasa tempatan, sedangkan resort beliau di Sekinchan tidak mendapat layanan serupa.

“Saya ingin ingatkan beliau bahawa resort tersebut adalah sebuah perusahaan tidak sah di sisi undang-undang, di mana Jamal sebagai pemiliknya telah melanggar arahan pihak berkuasa tempatan berkali-kali,” katany dalam kenyataan hari ini.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghantar notis perintah tutup Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dan serta-merta merobohkan premis milik Jamal pada 2 Disember lalu.

Notis itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.

“Berbeza dengan Siti Hajjar yang menerima borang permohonan lesen niaga ketika lawatan Menteri Besar ke gerainya. Kelulusan diberikan setelah mematuhi syarat-syarat yang dikenakan,” katanya.

Lim juga berkata, Jamal harus mennjawab mengenai Lesen Import (AP) yang dimilikinya.

“Dalam pada itu, soalan yang sama tentang pemegang Lesen Import (AP) untuk jualan kereta import harus dijawab oleh Jamal.

“Berapa banyak AP untuk kereta import telah diberikan kepada syarikat kenderaan milik Jamal setiap tahun oleh tuan-tuan politiknya di dalam UMNO? Kenapa tidak sebahagian daripada AP milik Jamal itu diberikan kepada usahawan muda lain?

“Memandangkan perniagaan ikan bakarnya yang sudah lingkup, kerajaan BN mesti menjelaskan apa merit yang Jamal ada untuk mendapatkan peruntukan AP tersebut. Apa istimewanya Jamal sehingga mendapat layanan khas daripada kerajaan BN dalam hal AP?” soalnya.

 

TAGS