Kelantan gagal penuhi Akta Orang Asli 1954, dakwa Anggota Suhakam

Kelantan gagal penuhi Akta Orang Asli 1954, dakwa Anggota Suhakam

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan negeri Kelantan didakwa mengisytiharkan sebarang kawasan tanah di negeri itu sebagai rezab Orang Asli sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Orang Asli 1954, kata bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Muhammad Sha’ani bin Abdullah, anggota Suhuhanjaya Hak Asasi Manusia 2010-2013 dalam satu kenyataannya berkata, masyarakat Orang Asli telah berulangkali memohon, merayu, mendesak, mememorandum, menDEMO menuntut hak tanah adat mereka.

“Satu Delegasi Suhakam juga telah kemukakan dapatan Inkuiri Nasional mengundi Hak Tanah Adat Orang Asal pada 2013 semasa YAB menjadi Timbalan Menteri Besar,” kata Muhammad Sha’ani dalam satu kenytaaannya yang ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, sehingga saat ini tiada kawasan tanah di Negeri Kelantan diisytiharkan sebagai rezab Orang Asli sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Orang Asli 1954.

“Tindakan pilihan akhir Blockade secara aman adalah tindakan wajar dan keabsaan hanya boleh ditentukan oleh mahkanah,” dakwa beliau.

Bagi beliau, pihak berkuasa negeri dan Jabatan Perhutanan gagal menyelesaikan pertikaian sah dan wajar masyarakat Orang Asli secara adil.

Seharusnya pihak berkuasa negeri dan Jabatan Perhutanan membawa pertikaian ini untuk rundingan tanpa sebarang syarat dan/atau pengadilan mahkamah, katanya.

“Pihak berkuasa negeri tidak harus punya sebarang kepentingan dalam pengurusan dan pentadbiran negeri melainkan kepentingan awam yakni kepentingan rakyat lebih-lebih lagi golongan rentan seperti masyarakat Orang Asli.

“Kami rakyat Malaysia yang mendukung demokrasi dan keluhuran undang-undang memohon supaya semua bentuk tindakan kekerasan dihentikan dalam pertikaian Orang Adil di Gua Musang,” katanya dalam kenyataan itu.

Muhammad Sha’ani dipercayai mengulas tindakan kerajaan Kelantan menghantar penguatkuasa Jabatan Perhubutan Kelantan menangkap 41 Orang Asli yang membuat sekatan di Gua Musang bagi menghalang lori balak memasuki kawasan mereka.

Sekatan yang dibuat sejak 27 September itu dimusnahkan dalam satu tindakan bersepadu dengan bantuan anggota Polis dan kesemua yang ditangkap telah dibawa ke mahkamah.

Mereka dikenakan tahanan reman dua hari sebelum dibicarakan.

Sebelum ini wakil Orang Asli telah menemui Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah untuk berunding namun gagal mencapai kata sepakat.

Amar kemudian berjanji mahu turun sendiri ke kawasan Orang Asli itu bagi melihat sendiri keadaan mereka.

Orang Asli membuat sekatan bagi membantah pembalakan berlebihan di kawasan kediaman mereka di samping kawasan pertanian mereka dirampas dan dijadikan kawasan perladangan dengan memusnahkan pokok yang mereka tanam.

Sebuah tanah perkuburan mereka juga ditarah oleh projek pertanian itu.

Air sungai yang menjadi sumber air minuman mereka juga tercemar dengan pembalakan yang berlebihan itu.

 

TAGS