Kelantan menuju ke arah kegagalan ekonomi, tegas PSM

Kelantan menuju ke arah kegagalan ekonomi, tegas PSM

Kelantan menuju ke arah kegagalan ekonomi sejak 25 tahun lalu dan bertambah buruk apabila berlakunya karenah politik di antara persekutuan dengan negeri, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM) negeri itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Khairul Nizam Abd GhaniKelantan menuju ke arah kegagalan ekonomi sejak 25 tahun lalu dan bertambah buruk apabila berlakunya karenah politik di antara persekutuan dengan negeri, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM) negeri itu.

Pengerusinya, Khairul Nizam Abd Ghani berkata, kegagalan ekonomi tersebut menyebabkan kebergantungan kepada kemusnahan alam seperti balak dan sumber mineral sebagai sumber ekonomi.

“Jika pengurusan sampah terpaksa diserahkan kepada kuasa ekonomi persekutuan, maka air juga sebegitu. Gagal ekonomi, maka akan gagal material lainnya, termasuk kedaulatan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Mengulas pengurusan air di Kelantan, beliau mengakui hal itu memang bermasalah dan tidak boleh ditangani secara ‘reactionary’ semata-mata.

Ujarnya, penyelesaian terhadap masalah tersebut bukan melalui persepsi, dilihat mahu menjuarai isu, mengadu domba atau membakar sentimen.

“Isu ini (air) adalah isu nyawa rakyat. Kiasannya, air lebih penting dari petroleum. Perlu diselesaikan secara material. Keikhlasan semua pihak,” katanya.

Sehubungan itu, Khairul berharap kerajaan negeri Kelantan tidak menafikan atau menyembunyikan masalah terbabit sebaliknya mengadakan sesi perbahasan di antara semua pihak.

“Kemudian keluarkan solusi bersama selepas ‘bertikam idea’ dan ‘bertikam pembentangan’ berkenaan. Jika menjemput PSM untuk hadir demo, sidang media tanpa proses ini terlebih dahulu, ianya tidak boleh dilakukan parti ideologi seperti PSM.

“Hentikan politik reactionary, kembali kepada politik material. Kongsikan masalah ini dengan semua anak negeri, dan kita pakat-pakat mencari penyelesaian bersama. Insyaallah,” ujarnya lagi.

Tiada klausa keluar 

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan NGO Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) mengadakan demontrasi di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan pagi tadi menuntut kerajaan negeri menyerahkan pengurusan air kepada pihak kerajaan Pusat.

Menurut Khairul, pihaknya tidak setuju dengan desakan NGO terbabit kerana menyerahkan hasil bumi satu-satu sosial iaitu masyarakat kepada kuasa yang tidak boleh dikawal sosial itu, adalah salah.

“Pada 9 Mei 1975, Pas tanpa ideologi, telah menyerahkan hasil bumi (laut Kelantan) kepada Kementerian Kewangan (Petronas). Akta Petroliam 1974 itu menetapkan Kelantan (negeri-negeri) tiada kuasa mengawal Kementerian Kewangan dari ingkar atau apa-apa bencana politik.

“Hari ini rakyat Kelantan tergadai kedaulatannya apabila dikhianati. Jika mahu ubah keputusan Kementerian Kewangan, anak Kelantan perlu lawan seluruh parlimen Malaysia (jatuhkan parti pemerintah Malaysia), berbanding lawan Dun dalam negeri jika tidak diserahkan kepada persekutuan,” jelasnya.

PSM juga, tambahnya, pernah menentang cadangan dari Pas untuk menyerahkan kuasa pengurusan sisa pepejal (Akta 672) Kelantan kepada pusat kerana sosial tempatan iaitu anak Kelantan tiada peruntukan klausa keluar jika diingkari atau dikhianati.

“PSM Kelantan juga menyokong negeri-negeri menolak Akta Laut Wilayah 2012. Satu akta yang mengambil kedaulatan sosial tempatan, tanpa klausa keluar sekiranya diingkari atau dikhianati,” tegasnya lagi.

TAGS