Kelantan, persekutuan dan UMK perlu tubuh akademi pemikir

Kelantan, persekutuan dan UMK perlu tubuh akademi pemikir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan Kelantan dan Persekutuan diminta bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menubuhkan sebuah akademi pemikir bagi membangunkan negeri itu.

Tengku Mahkota Kelantan yang juga Pro-Cancelor UMK Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah anggota akademi tersebut harus terdiri daripada profesor dan pakar dari UMK, kerajaan negeri dan persekutuan.

“Kerjasama itu bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan di Kelantan, di samping mengenal pasti hala tuju dan peluang untuk membangunkan negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen UMK Ke-6 di sini, hari ini.

Baginda bertitah antara isu yang perlu diberi perhatian untuk diselesaikan oleh akademi itu adalah bekalan air bersih, banjir, pengurusan sampah, alam sekitar, sosioekonomi masyarakat luar bandar dan penyalahgunaan dadah.

Kewujudan UMK memberi impak yang besar kepada negeri Kelantan dalam pembangunan insan dan masyarakat, menjana ekonomi, sektor pertanian, pendidikan dan pembangunan wilayah, titah baginda.

TAGS