Kelantan umum 13 Disember hari kelepasan am

Kelantan umum 13 Disember hari kelepasan am

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kelantan mengumumkan 13 Dis sebagai hari kelepasan am sempena pengisytiharan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata tarikh itu sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Sultan Muhammad V di Istana Negara.

“Maka adalah dengan ini diisytiharkan pada tarikh 13 Rabiul Awwal 1438H bersamaan 13 Disember 2016M adalah hari kelepasan am di Negeri Kelantan Darulnaim.

“Marilah sama-sama kita memanjatkan doa kehadrat Allah Azzawajalla agar Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam jagaan dan lindungan Ilahi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sultan Muhammad V dijadual berangkat tiba di ibu negara pada pagi 13 Dis bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) diikuti dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan serta pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara.

TAGS