Kematian Azri meragukan, JK bertindak mahu semua pihak profesional

Kematian Azri meragukan, JK bertindak mahu semua pihak profesional

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kes kematian Azri Mohamed meragukan pihak keluarganya kini mendapat perhatian aktivis masyarakat yang menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk keadilan arwah bagi memastikan perkara ini dikendalikan secara profesional oleh pihak-pihak terlibat.

Pengerusi jawatankuasa itu, Kamaruzaman Ismail berkata, tuntutan pihak keluarga memohon dijalankan “post-mortem kedua” adalah munasabah dan perlu diambil perhatian.

“Kita menggesa pihak polis dan penjara, mengumumkan perkembangan siasatan serta menjalankan siasatan dengan segera,” katanya.

Jawatankuasa bertindak menuntut keadilan untuk AzriBeliau juga menggesa pihak Hospital Raja Perempuan Zainab (II) Kota Bharu agar dengan segera mengeluarkan Laporan Perubatan dan Laporan Post Mortem mangsa Azri bin Mohamed kepada pihak keluarga.

Menurut Ayah Mangsa, Muhammad bin Taib, 61 tahun dan adik kepada mangsa Norsyazmira binti Mohamed, 23 tahun tidak berpuas hati dengan punca kematian yang dialami oleh mangsa seperti dimaklumkan jangkitan kuman di usus.

Selain itu, Norasyazmira mengatakan rawatan yang diterima oleh mangsa sebelum meninggal dunia adalah sangat lambat .

“Justeru, pihak keluarga meminta untuk mengadakan post mortem keseluruhan untuk mengetahui serta menuntut keadilan kepada mangsa,” katanya.

Kronologi kes seperti dinyatakan jawatankuasa itu adalah seperti berikut:

10 Julai 2016

10 pagi – Azri ditangkap oleh polis di rumah, di Kampung Bechah Hangus, Ketereh.

27 Julai 2016

10 pagi – Norsyazmira (Adik Azri) buat lawatan ke Penjara dan dapati Azri dalam keadaan sihat.

10 Ogos 2016

10 pagi – Norsyazmira buat lawatan ke Penjara Pengkalan Chepa

11 pagi – Norsyazmira terima aduan daripada Azri bahawa beliau sakit dan dipukul, Azri dilihat menanggung kesakitan yang amat.

15 Ogos 2016

4.30 petang – Azri tiba dihospital dan dibuat pembedahan Usus

9 mlm – Polis memaklumkan Azri dimasukkan ke Wad Kecemasan HKB

16 Ogos 2016

6.40 pagi – Azri dimasukkan ke dlm wad ICU Katil No.6

Azri dilihat oleh keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri, bernafas melalui alat bantuan pernafasan kesan cedera lebam di bahagian pipi sebelah kanan serta kesan pembedahan di bahagian perut.

2 petang – Sesi Taklimat Status Kesihatan Azri

23 Ogos 2016

1 tengahari – Azri dilihat pertama kali membuka mata

14 September 2016

6.30 pagi – Norsyazmira terima panggilan telefon daripada HRPZ(11) KB, memaklumkan bahawa Azri nazak.

Menurut Kamaruzaman, turut menganggotai jawatankuasa itu termasuk ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kelantan, PKR Negeri Kelantan dan DAP Negeri Kelantan menyokong penuh jawatankuasa tindakan keadilan untuk menuntut keadilan kepada mangsa serta keluarga.

TAGS