Kemenangan BN bukti Deklarasi Rakyat tidak relevan kepada rakyat

Kemenangan BN bukti Deklarasi Rakyat tidak relevan kepada rakyat

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu lalu, membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat, kata Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar.

” Dr Mahathir sepatutnya mengarahkan deklarasi ini dihentikan sebab tidak memberi faedah kepada rakyat.

“Eloklah Tun berehat pada masa ini agar dapat kembali penghormatan daripada rakyat,” katanya.

BN Selangor katanya berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam menarik 17,000 pengundi daripada pelbagai parti komponen BN untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Sabtu lalu.

Beliau berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.

“Pendirian kami di BN adalah kami tidak ambil kira perpecahan dan kelemahan parti lawan kami, tetapi apa yang ditekankan ialah menguatkan kedudukan BN sendiri.

“Sebab itulah kami capai matlamat (tarik 17,000 pengundi putih daripada parti komponen BN).

“Semua parti komponen termasuk MCA, MIC dan PPP mencapai KPI masing-masing setelah menunaikan janji, memastikan ahli mereka keluar mengundi,” katanya dalam sidang media diadakan semalam.

Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.

Noh yang juga Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan dan transformasi yang dilakukan dalam PRK itu akan diguna pakai  dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

TAGS

COMMENTS