Kempen Bersih 5 di Dun Kota Lama disambut meriah

Kempen Bersih 5 di Dun Kota Lama disambut meriah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kempen Bersih 5 di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Lama semalam mendapat sambutan meriah pengunjung pelbagai kaum.

Program berlangsung di sebuah medan selera berhampiran pasar Kubang Labu.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan kepada kempen tersebut.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional Hu Pang Chaw dan Naib Pengerusi Amanah Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed.

Turut hadiri aktivis Angkatan Wanita Amanah (Awan) dan Pemuda Amanah negeri.

Gerai jualan baju Bersih 5 yang dibuka khas sempena program tersebut dikerumuni orang ramai daripada pelbagai kaum.

“Kebanyakan mereka begitu bersemangat dan berjanji untuk menyertai perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November nanti,” kata Wan Rahim.

Para aktivis Awan dan Pemuda Amanah turut menemui pelanggan medan selera dari meja ke meja untuk menjemput mereka menyertai himpunan Bersih 5 sambil menjual baju dan cenderamata Bersih 5.

Beliau menjangka sekurang-kurangnya 3000 rakyat Kelantan akan menyertai perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur nanti.

“Ini akan ditambah lagi dengan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan,” Katanya.

Sekumpulan peserta Bersih 5 menurut beliau, akan berkumpul di Genting Sempah, Lebuh Raya Karak pada malam 18 Nov untuk berjalan kaki dari tempat itu ke Kuala Lumpur.

“Kumpulan ini terdiri dari peserta tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.

TAGS