Kemuncak pemergian Nik Aziz Pas akan hilang Kelantan, kata penganalisis

Kemuncak pemergian Nik Aziz Pas akan hilang Kelantan, kata penganalisis

Kemuncak kepada kehilangan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tahun lalu adalah Pas akan kehilangan kerajaan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti, kata penganalisis politik Kelantan.

Kemuncak kepada kehilangan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tahun lalu adalah Pas akan kehilangan kerajaan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti, kata penganalisis politik Kelantan.

Mohd Sayuti Omar dalam tulisannya sempena memperingati dua tahun pemergian tokoh Pas itu pada 12 Februari 2015 lalu berkata, kemuncak kepada ketiadaan Tokguru itu menyebabkan kerajaan Kelantan yang dibangunkan pada 1990 bersama Semangat 46 itu akan berakhir dalam PRU-14 nanti.

“Umno akan diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan untuk memimpin kerajaan Kelantan,” tulis beliau melalui facebooknya sempena dua tahun pemergian Nik Aziz dua hari lalu.

Menurut Sayuti, pelbagai kejadian anih berlaku dalam parti agama dan juga kerajaan Kelantan sejak Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia dua tahun lepas.

“Kejadian besar dalam Pas ialah perpecahan apabila 18 pemimpin profesional yang kalah dalam muktamar bertindak keluar parti kemudian menubuh Parti Amanah Negara,” tulis beliau.

Katanya, anak didik Tokguru bernama Husam Musa juga dipecat kejam dari parti berkenaan.

“Akibatnya Husam mengkritik dan mendedahkan kepincangan perjalanan kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yakob,” kata beliau.

Sayuti OmarKatanya lagi, kejadian mengkafir dan mengkufurkan mereka yang mufarakah dari Pas menjadi-jadi dalam Pas sehingga menyebabkan pemain politik di Kelantan terbelah menjadi tiga mazhab utama; Umno, Pas dan Amanah.

“Saya memerhati segala perkembangan ini dengan penuh minat dan rasa sedih,”katanya.

Mohd Norddin ketika mengulas tulisan Sayuti itu bersetuju dengan firasat Sayuti dengan jangkaan, BN akan mencapai kemenangan dalam PRU 14 nanti dengan mendapat 25 dari 45 kerusi yang ada.

Beliau menjangkakan, BN akan mendapat 13 kerusi DUN yang baru di samping mempertahankan 12 kerusi Dun yang lamanya.

Kawasan yang amat berbahaya buat Pas pada PRU 14 yang di menangi dengan mojariti kecil adalah Wakaf Bharu (978 undi), Gual Priok (615), Bukit Tuku (879), Tendong (978), Perupok (1488), Jelawat (102), Limbongan (1042) Gaal (302) Pulai Chondong (919), Temangan (1035), Kemuning (1034), Mengkabang (1072) dan Guchil (492).

PENGKAJI POLITIK

Sementara itu, pengkaji politik menyifatkan Pas mengalami perubahan yang sangat ketara selepas dua tahun pemergian Nik Aziz.

Hisomuddin Bakar“Pas mengalami perubahan ketara, boleh dikatakan 180 darjah,” kata Hisomudin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre yang banyak membuat kajian tentang Pas, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Katanya, Pas kini kembali ditolak pengundi bukan Islam seperti mana di zaman sebelum 1990-an ketika PAS selesa dengan sokongan di Pantai Timur.

Bagi bekas profesor undang-undang perlembagaan yang kini ahli politik, Dr Abdul Aziz Bari pula, Pas semakin hilang arah selepas perginya Nik Aziz.

“Jika akar umbi terus mabuk dan terpukau dengan Hadi (presiden Pas), Pas akan hancur. Dengan politik sekarang ini, yang tidak mahu kerjasama (gabungan dengan Pakatan Harapan) disebabkan ada DAP dan Amanah,” kata Aziz Bari kepada FMT.

Hisomuddin melihat watak Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man lebih mirip Nik Aziz berbanding presidennya.

“Barangkali (Timbalan Presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi sedikit terhalang kerana dibayangi presiden. Saya lihat ada akar umbi Pas yang masih kekal kerana harapan yang dibawa Tuan Ibrahim,” kata Hisomudin.

TAGS