Kenaikan petrol, diesel  kerajaan tidak jaga kebajikan rakyat

Kenaikan petrol, diesel kerajaan tidak jaga kebajikan rakyat

Kenaikan harga petrol dan diesel ketika kebanyakan rakyat dibebani dengan kelengkapan penyediaan perayaan dan kelengkapan persekolahan di awal tahun baharu bukanlah untuk kebajikan rakyat.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Nazri AhmadKenaikan harga petrol dan diesel ketika kebanyakan rakyat dibebani dengan kelengkapan penyediaan perayaan dan kelengkapan persekolahan di awal tahun baharu bukanlah untuk kebajikan rakyat.

“Menaikkan harga di saat rakyat bertungkus lumus menghadapi tekanan kos sara hidup, terutama bebanan persiapan kelengkapan persekolahan anak-anak yang kian meningkat.

“Kadar kenaikan yang tidak seimbang dengan kadar penurunan. Turun 5 sen hari ini naik 20 sen,” ujar Ketua Penerangan Pas Pahang Nazri Ahmad  dalam kenyataan di facebooknya hari ini.

Justeru beliau tidak melihat alasan kerajaan kononnya pengurangan subsidi adalah untuk kepentingan rakyat.

“Sedangkan tidak banyak yang digunakan untuk kebajikan rakyat. Terutama dalam sektor pendidikan apabila kos pengajian semakin meningkat.

“2017 tahun untuk rakyat melakukan perubahan,” ujarnya.

Kerajaan pada 31 Disember mengumumkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel naik 20 sen, manakala bagi RON97 naik 15 sen.

Kadar baharu itu berkuat kuasa 1 Januari 2017 bagi RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember.

Harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.

TAGS