Keputusan STAM 2017 pada 18 Januari

Keputusan STAM 2017 pada 18 Januari

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan dikeluarkan pada 18 Jan ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari sama.

Menurutnya, keputusan bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar untuk peperiksaan tersebut.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2017 melalui mySMS 15888 yang akan diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 6 petang 24 Jan, menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan berkata seramai 9,534 calon mendaftar untuk menduduki STAM 2017 di 240 pusat peperiksaan dan daripada

jumlah itu, 2,365 adalah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah menengah agama negeri (4,951); sekolah menengah agama rakyat (704) dan calon persendirian (1,370).

Selain itu, 52 orang adalah calon sekolah menengah swasta dan 92 calon luar negara (Kemboja) yang berdaftar dengan kementerian.

CATEGORIES