Kerajaan BN lesu tangani skandal perlombongan bauksit

Kerajaan BN lesu tangani skandal perlombongan bauksit

Walaupun mengarahkan segala aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dihentikan sementara selama tiga bulan mulai 15 Januari ini, Pemuda Amanah teramat kesal dengan kelewatan dan kelesuan pihak kementerian dan kerajaan negeri Pahang bertindak hingga pencemaran bauksit di Kuantan memasuki fasa yang amat kritikal.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Walaupun mengarahkan segala aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dihentikan sementara selama tiga bulan mulai 15 Januari ini, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) teramat kesal dengan kelewatan dan kelesuan pihak kementerian dan kerajaan negeri Pahang bertindak hingga pencemaran bauksit di Kuantan memasuki fasa yang amat kritikal.

Asim Abdullah AinullotfiPengarah Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Pemuda Amanah, ‘Asim Abdullah Ainullotfi berkata, kelewatan dan kelesuan kerajaan BN menangani isu perlombongan bauksit terserlah apabila rakyat mengambil tindakan sendiri dan keluar melempiaskan kemarahan dengan aksi-aksi protes yang ekstrem dan nekad.

Sehubungan itu, ‘Asim menuntut kerajaan menyiasat kelulusan perlombongan dan pengeksportan bauksit melalui satu badan bebas yang tiada hubungan dengan kerajaan BN dan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dengan projek bauksit tersebut.

Siasatan ini, ujarnya perlu dibuat dalam bentuk inkuiri terbuka dengan rakyat dibenarkan melihat dan menilai seluruh proses pengadilan.

“Kementerian dan kerajaan negeri pimpinan BN juga perlu membentangkan pelan pemuliharaan untuk memperbaiki kerosakan alam dan pencemaran yang telah berlaku.

“Setelah proses siasatan dan laporan siasatan selesai dibentangkan kelak, wajib diadakan pungutan suara melibatkan seluruh penduduk Kuantan dan kawasan sekitar sekiranya projek bauksit ini tetap mahu diteruskan,” tegas beliau dalam saatu kenyataan media.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan keputusan menghentikan sementara semua aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan selama tiga bulan mulai 15 Januari ini.

Turut hadir pada sidang media khas itu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

 

TAGS