Kerajaan digesa taja pelan damai Rohingya henti konflik berlanjutan, kata Muhyiddin

Kerajaan digesa taja pelan damai Rohingya henti konflik berlanjutan, kata Muhyiddin

Kerajaan Malaysia digesa  menaja pelan damai bagi menghentikan konflik  etnik Rohingya yang berlanjutan ini dan terus memberi bantuan kemanusiaan kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Muhyiddin YassinKerajaan Malaysia digesa  menaja pelan damai bagi menghentikan konflik  etnik Rohingya yang berlanjutan ini dan terus memberi bantuan kemanusiaan kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Asean perlu memainkan peranan utama untuk mendamaikan pihak-pihak yang berkonflik di Myanmar khususnya yang melibatkan etnik Rohingya tanpa menjejas Piagam Asean.

“Kerajaan diminta mengecam sekeras-kerasnya tindakan penyiksaan dan pembunuhan etnik Rohingya penduduk negeri Rakhine, Myanmar akibat daripada konflik perkauman dan agama di negara itu.

“Pembunuhan dan penghapusan etnik tidak sepatutnya berlaku pada abad ini lebih-lebih lagi di kalangan negara-negara Asean yang mengamalkan gagasan bebas dan aman.

“Kesengsaraan kemanusian mestilah dilihat di luar kerangka politik.

“Penghapusan etnik yang sedang berlaku di Rohingya adalah satu tragedi kemanusiaan yang mesti dihentikan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin juga berkata, partinya menggesa agar Republik Kesatuan Myanmar mencari penyelesaian muktamad kepada konflik yang berpanjangan ini.

“PPBM mendesak agar kerajaan Republik Kesatuan Myanmar mengarahkan pihak-pihak terlibat memberhentikan pembunuhan dan penyiksaan penduduk negeri Rakhine etnik Rohingya,” ujarnya.

Hari ini beberapa NGO telah berhimpun di hadapan bangunan Tabung Haji untuk berarak ke kedutaan Myanmar di Ampang untuk mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penyeksaan dan pembunuh ethnik Rakhine di negara itu.

TAGS