Kerajaan Kelantan perlu disoal rakyat hal pemulihan banjir dan orang asli, kata Husam

Kerajaan Kelantan perlu disoal rakyat hal pemulihan banjir dan orang asli, kata Husam

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dengan mengambil contoh pengurusan banjir 2014 dan skandal penebangan hutan yang kini membangkitkan protes orang asli, Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa mahu rakyat menyoal adakah kerajaan negeri sekarang masih mampu menunaikan amanah.

“Ketika mula berlaku banjir 2014 kerjaan tidak memberitahu perkara sebenar kepada rakyat menyebabkan semua menjadi kelam kabut kemudiannya.

“Bila saya diberitahu air telah naik di Dabong dan beberapa kampung telah telah tenggelam pada 22 Disember saya terus ke bilik gerakan banjir di Kota Darulnaim dan dapati hanya empat orang berutas, MB tak ada TMB pun tak ada.

“Semua kita tahu masa tu TMB kata banjir kecil saja, MB pula kata rumahnya turut banjir dan tak boleh keluar membantu.

“Bila saya dah “confirm” keadaan kritikal saya masukkan amaran dalam facebook dan maklumkan keadaan kecemasan.

“Mujur ada satu hamba Allah maklum kepada saya untuk berikan sebuah helikopter membolehkan misi bantuan ke beberapa kawasan yang jauh dan putus hubungan seperti Kandek dapat dibuat segera.

Sekarang timbul pula isu orang Asli membuat kubu manusia membantah penebangan hutan berhampiran kawasan penempatan mereka.

“Hutan adalah rumah dan punca rezeki bagi mereka.

“Kalau kita tak urus dengan beramanah tentulah kita amat tidak adil kepada merka,” katanya.

Keadaan ini menurut HUsam hanya contoh kepada keadaan pemerintah Kelantan sekarang yang memerlukan satu parti Islam baru sebagai ganti.

“Parti baru (Amanah) ini insya Allah akan mendengar suara rakyat untuk melaksanakan pentadbiran terbaik, katanya dalam satu majlis penubuhan cawangan Amanah di kampung Sabak, Pengkalan Chepa semalam.

Guru agama terkenal, Usataz Hashim Muhammad mengetuai 50 penduduk kampung Sabak menyerahkan borang menyertai Amanah pada majlis itu.

Turut hadir, bekas penggawa, Ibrahim Sulong.

TAGS