Kerajaan mahu ‘rompak’ wang rakyat dengan kamera baru AES, dakwa MP Pas

Kerajaan mahu ‘rompak’ wang rakyat dengan kamera baru AES, dakwa MP Pas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tindakan kerajaan mahu menggabung hukuman kesalahan trafik antara AES dan KEJARA bertujuan untuk merompak duit rakyat, kata ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, jika kerajaan jujur, hanya hukuman KEJARA sahaja dilaksanakan iaitu sistem mata dimerit yang membawa penggantungan lesen memandu dan boleh ditambah dengan hukuman khidmat sosial.

“Kini dengan bakal perlaksanaan AWAS menunjukan secara jelas yang AES untuk kerajaan rompak duit pesalah trafik dan KEJARA gantung lesen untuk didik pemandu.

“Jika kerajaan benar ikhlas untuk didik pemandu mematuhi undang undang jalan raya dan bukan nak rompak wang rakyat, hapuskan hukuman denda wang ringgit dan cukup dengan kuat kuasakan KEJARA yang telah sedia ada iaitu sistem mata demerit yang membawa penggantungan lesen memandu dan boleh ditambah dengan hukuman khidmat sosial,” kata Mahfuz dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi Mahfuz, pengumuman kerajaan untuk menambah jumlah kamera AES sebanyak 1200 serentak dengan perlaksanaan bersepadu gabungan AES dan KEJARA sangat mengejutkan.

Tindakan ini, katanya, akan membawa kepada pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan perlaksanaan gabungan AES dan KEJARA (AWAS) yang di jangka pada sidang Parlimen 16 Mei ini.

“Apa yang saya maksud mengejutkan ialah perlaksanaan gabungan dua kaedah ini iaitu AES dan KEJARA didalam gabungan yang dinamakan AWAS akan membawa kepada pesalah trafik akan di kenakan 2 kali hukuman bagi satu kesalahan.

“Pertama pesalah trafik di hukum dengan membayar denda oleh mahkamah atau kompaun tak kurang RM300 dan tak lebih RM2000 di bawah AES dan kedua di GANTUNG LESEN memandu dibawah KEJARA apabila mencapai 60 mata demerit,” katanya.

Bagi ahli parlimen Pas itu, tindakan menghukum 2 kali bagi satu kesalahan ada lah sangat bertentangan dengan natural justice.

“Ini menunjukan perlaksanaan AES bukan bertujuan mendidik pengguna (Pemandu) jalan raya tetapi sebagai sumber pendapatan kerajaan yang begitu terdesak dengan masaalah kewangan,” katanya.

Oleh itu, katanya, sebelum ini AES dikata untuk mendidik hanya sebagai alasan untuk merompak pesalah trafik.

Katanya, kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi kononnya AES sebagai pencegahan satu pembohongan.

“Kalau nak cegah cukup dengan mendidik dengan denda gantung lesen, khidmat sosial dan refom pembelajaran sekolah memandu serta kempen cegah kemalangan jalanraya yang lebih berkesan,” katanya.

Bagi beliau, kalau kerajaan hendak mendidik pemandu untuk mencegah kemalangan dengan hukuman denda ambil wang dari pesalah, apa akan jadi pada syarikat pengendali AES kalau pemandu tak buat kesalahan jalan raya, kesannya ialah LTAT sebagai syarikat pengendali akan mengalami kerugian.

“Anggota Tentera lah yang jadi mangsa. Sedangkan tujuan LTAT mengambil alih operasi AES adalah atas faktor menjana pulangan keuntungan untuk LTAT bagi memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada anggota ATM yang mencarum dalam LTAT,” katanya.

TAGS