Kerajaan Malaysia mengutuk serangan bom di Istanbul

Kerajaan Malaysia mengutuk serangan bom di Istanbul

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom yang berlaku di Istikal Street di Taksim Square, Istanbul pada 19 Mac 2016 yang telah meragut 5 nyawa dan mencederakan 36 orang yang lain. Antara mangsa yang tercedera adalah 12 orang warganegara asing.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta keluarga mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara telah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul.

Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Turki hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki. Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa.

Semalam media asing melaporkan satu letupan yang dipercayai telah disebabkan oleh seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya di Istiklal Street yang popular di kawasan Dataran Taksim di Istanbul.

Pegawai kerajaan berkata sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 36 cedera – tujuh serius – dalam letupan pagi Sabtu itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 11 warga Israel terbunuh dalam letupan itu.

Perdana Menteri Ahmet Davutoglu berkata letupan itu adalah “tidak berperikemanusiaan” dan tidak berhenti menyerang Turki, (sebagai pusat keganasan) yang telah disasarkan oleh pemberontak Kurdish dan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

TAGS