Kerajaan Malaysia terus hipokrasi

Kerajaan Malaysia terus hipokrasi

Kenyataan Dato Seri Najib Razak bahawa Bangladesh tidak bersendirian dalam krisis Rohingya pastinya melegakan kerajaan Bangladesh namun adakah ia bererti buat kaum Rohingya?

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang dituduh “terlalu menyebelahi” kaum Rohingya telah diarahkan untuk keluar dari Myammar dan kini Persatuan Bulan Sabit Merah diusahakan untuk mengantikan kekosongan yang ditinggalkan wakil wakil PBB.
Situasi ini menunjukkan bahawa bantuan kepada Rohingya hanya dapat disediakan kepada mereka di Bangladesh, itupun jika mereka berjaya melepasi sempadan dan pihak berkuasa Bangladesh membenarkan mereka masuk. Adakah kita kini bakal melihat satu lagi keadaan seumpama di Palestin cuma kali ini ia berlaku di Asia? Situasi sekarang memperlihatkan kaum Rohingya yang tidak berdaya dan miskin berhadapan operasi pembersihan etnik oleh tentera junta Myanmar.

Rakyat Malaysia perlu tanya adakah kerajaan Malaysia telah bertindak sewajarnya dalam membantu kaum Rohingya atau hanya bertindak populis semata.

Rakyat perlu persoal kenapa kerajaan menolak usul untuk membahaskan isu Rohingya dan membuat pendirian rasmi semasa sesi Parlimen sebelum ini? Sebaliknya seminggu kemudian Umno dan Pas mengadakan perhimpunan mereka sendiri di Stadium Titiwangsa

Mungkin mudah bagi Najib untuk mengatakan kepada rakan sejawatannya di Bangladesh bahawa mereka tidak bersendirian menghadapi kemasukan pelarian yang sangat besar semasa krisis Rohingya dengan gambar Najib memegang paket bantuan makanan dihantar ke Bangladesh, namun apa yang kita bangkitkan, bahkan malu dengan situasi pihak berkuasa Malaysia menghalang kemasukan pelarian Rohingya yang cuba memasuki Malaysia melalui jalan laut lepas tahun lepas. Siapakah kita untuk memberitahu Bangladesh mereka tidak bersendirian untuk menerima banjir beratus-ratus ribu pelarian ketika kita sendiri di Malaysia menolak kemasukan pelarian Rohingya pada tahun sebelumnya! Adakah kita laksanakan apa yang kita ucapkan? Atau kita sebenarnya menunjukkan kepada dunia betapa hipokritnya Malaysia?

Rohingya Msia

Isteri Presiden Erdogan dari Turki,dari jauh telah tiba ke Bangladesh untuk memantau, dan melihat sendiri keadaan para pelarian, ramai yang mencadangkan, wanita pertama kita, Datin Rosmah Mansur bertindak serupa memandangkan mereka lebih dekat dengan kita, apatah lagi beliau mempunyai kemudahan pengangkutan dengan pelbagai jet peribadi milik kerajaan yang sebelum ini digunakan untuk terbang ke Turki hanya untuk mengambil anugerah, kecualilah tanah berlumpur dan kelembapan Myanmar tidak begitu sesuai untuk beliau berbanding dengan jalan-jalan berkilat dan udara sejuk di London dan Paris.

Rakyat Malaysia pasti berbangga jika dapat melihat beberapa komitmen yang serius dari wanita pertama kami semasa krisis seperti ini.Akhir sekali, kita bosan, dan marah mendengar alasan dari Menteri Luar di Parlimen yang mengulangi berkenaan dasar tidak campur tangan Malaysia pada waktu pembersihan etnik dan beribu-ribu umat islam dibunuh oleh tentera Myanmar.

Apabila ditanya mengenai anugerah hadiah Nobel Aung San Suu Kyi untuk ditarik balik, Najib menjawab ia adalah perkara yang berasingan! Ia bukan perkara berasingan ketika Presiden sebuah negara kekal berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa ketika pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan.

Akhir sekali, ternyata hipokrasi dalam bentuk yang lebih teruk oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengadakan sesi khas mengenai krisis Rohingya apabila kerajaan Malaysia sendiri menolak untuk membahaskan isu ini semasa sesi Parlimen yang sedang berlangsung.

Sebelum mereka berusaha memberi nasihat atau mengajar orang lain mengenai krisis Rohingya, mereka lebih baik muhasabah jika mereka benar-benar telah bertindak untuk membantu penderitaan yang sekian lama dideritai rakyat Rohingya.

*Raja Bahrin Shah adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah.

CATEGORIES