Kerajaan Negeri P.Pinang salur bantuan pendaftaran pengajian RM1000 ke IPTA,IPTS

Kerajaan Negeri P.Pinang salur bantuan pendaftaran pengajian RM1000 ke IPTA,IPTS

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Semua pelajar di bawah kerajaan Negeri Pulau Pinang digalakkan memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar bagi mengikuti program pendidikan tinggi di beberapa institusi pengajian awam(IPTA) dan swasta  (IPTS) di negara ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai berkata kerajaan negeri menyalurkan bantuan pengajian itu membabitkan 20 buah institusi pengajian awam (IPTA) dan empat bagi institusi pengajian swasta (IPTS).

“Saya menggalakkan pelajar-pelajar di Pulau Pinang untuk memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bantuan tersebut diberikan kepada 20 IPTA dan empat IPTS seperti Universiti Tun Abdul Rahman (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Universiti AIMST (AIMST) dan Koleh Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR).

Bantuan ini diberikan bagi Sesi Akademik Pertama 2016/2017 Peringkat Sarjana Muda bagi Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf.

“Pelajar-pelajar yang berjaya akan diberi wang tunai sebanyak RM1,000.00 sebagai galakan dan bantuan untuk mereka melanjutkan pelajaran tinggi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghulurkan bantuan pendaftaran pelajar ke IPTA kepada 15,498 orang pelajar dari tahun 2008 hingga sekarang dan jumlah bantuan yang diberikan untuk 8 tahun tersebut ialah RM 14.9 juta.

Sebagai Kerajaan yang mementingkan pendidikan dan kebajikan pelajar, diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa dan memberikan galakkan kepada pelajar-pelajar,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam ini.

Permohonan bantuan tersebut dibuka mulai 1hb sehingga 30 September dan pelajar-pelajar yang layak boleh mengemukakan permohonan secara on-line dengan melayari http://ibita.penang.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan secara email kepada ibita@penang.gov.my

Antara syarat-syarat permohonan ialah :
a)Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00;
b)Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang;
c)Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.

Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak memohon. Bagi pelajar tawaran Politeknik Premier juga tidak layak memohon;

TAGS