Kerajaan perlu hantar `surat protes’ kepada DoJ buktikan tiada campur tangan asing

Kerajaan perlu hantar `surat protes’ kepada DoJ buktikan tiada campur tangan asing

Sekiranya kerajaan masih berpendapat berlaku campurtangan asing terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sudah tiba masanya kerajaan menghantar `surat protes’ kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

Perkara ini dicadangkan oleh penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar yang mengatakan, tuduhan kononnya pendedahan DOJ berkaitan 1MDB ada hubung kait dengan campur tangan asing sama sekali tidak berasas.

“Jika kerajaan percaya wujud campurtangan asing terhadap isu 1MDB kerajaan perlu membuktikannya.

“Caranya kerajaan perlu menghantar ‘surat protes’ kepada DoJ Amerika Syarikat dengan menyatakan sebab-sebab dikatakan berlaku campurtangan Amerika terhadap skandal 1MDB itu melalui Jabatan Kehakiman AS.

“Kita mahu jawaban daripada pihak mereka adakah benar mereka itu mencampuri urusan Malaysia?,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman,pada 14 Ogos lalu, dipetik berkata,  beliau  tidak menganggap tindakan DoJ yang membuat saman sivil terhadap beberapa rakyat Malaysia, sebagai campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini.

Dr Chandra yang juga Pengerusi Movement For A Just World (Just) berkata, sebelum itu beliau juga pernah membangkitkan bahawa skandal 1MDB ini tiada kena mengena dengan campur tangan asing.

Namun beliau agak hairan apabila media tempatan dan pemimpin politik kerajaan terus-terusan mengembar-gemburkan skandal 1MDB dan pendedahan hasil siasatan DOJ itu sebagai campur tangan asing.

Justeru katanya, selain kerajaan menghantar surat protes kepada DOJ Amerika Syarikat, rakyat juga boleh mendesak untuk mewujudkan sebuah Tribunal khas sebagaimana yang pernah dicadangkan beliau sebelum ini.

“Tribunal ini akan dianggotai di kalangan profesional seperti peguam dan pakar kewangan yang tahu mengenai perkara membabitkan pengubahan wang haram,” ujarnya.

Walaupun beliau tidak menafikan pelbagai usaha dilakukan dikalangan pemimpin parti politik pembangkang sebelum ini, gagal mengubah pendirian kerajaan untuk agensi kerajaan menyiasat secara adil dan mendakwa pihak yang terbabit dalam skandal 1MDB ini.

Sebagai rekod 11 Ogos lalu, Dr Chandra juga pernah mengulas mengenai isu campur tangan asing ini, antara lain beliau dipetik berkata, terdapat lima sebab mengapa skandal 1MDB ini bukannya membabitkan campur tangan asing.

1.Siasatan mengenai 1MDB telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia pada 2011 atas sebab terdapat pengaliran wang ke luar negara yang meragukan oleh 1MDB.

2.Pada awal 2015, beberapa badan lain turut memulakan penyiasatan terhadap 1MDB. Antaranya ialah Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ketiga-tiga badan ini bersama dengan Bank Negara menubuhkan satu pasukan petugas( task force) untuk menyiasat 1MDB atas dasar wujudnya keraguan terhadap pengaliran wang, pelaburan dan hubungan dengan badan-badan kewangan lain di luar negara.

3.Pada Mac 2015, perdana menteri mengarahkan Ketua Audit Negara memulakan proses audit terhadap 1MDB. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen turut memulakan siasatan pada Mei 2015.

4.Terdapat ahli parlimen dan ahli politik Umno yang mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap 1MDB sejak tahun 2014 antaranya bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Hasan telah membangkitkan isu ini kesannya beliau dipecat daripada Umno.

5.Skandal ini didedahkan secara terbuka oleh media tempatan seperti Edge Weekly dan Edge Daily yang mendedahkan butir-butir tentang pengaliran wang, pihak yang terlibat dan sebagainya telah merancakkan lagi penyiasatan tentang 1MDB dijalankan. The Edge, sama sekali bukanlah campur tangan negara asing sebaliknya ia merupakan saluran media tempatan di Malaysia.

Sebagai rekod pada 20 Julai lalu, DoJ mengumumkan tindakan tegas ke atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB melalui saman sivil.

DoJ mendakwa lebih daripada AS$3.5 bilion telah diseleweng daripada 1MDB sepanjang beberapa tahun yang mana ia memberi keuntungan kepada beberapa individu termasuk penjawat awam yang berpangkat tinggi tetapi tidak dinamakan dan hanya digelar sebagai ‘Malaysian Official 1’.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Sejak itu pemimpin dan media tempatan pro kerajaan ujar Dr Chandra Muzaffar berpendapat pendedahan dibuat DoJ ini sebagai satu campur tangan asing terhadap Malaysia.

 Jabatan Kehakiman AS dalam sidang media di New York pada Julai lalu,

 

TAGS